Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran

Program Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran

Program ini telah diluluskan oleh JPT melalui surat Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertarikh 28 Mei 2009 yang ditandatangani oleh YBhg. Prof. Ir.Dr. Radin Umar Radin Sohadi (Ketua Pengarah JPT ketika itu) dan program ini diluluskan untuk 5 kohot pengambilan. Graduan pertama program ini bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun 2012.

Kelayakan masuk
 
Calon adalah pemegang Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Darul Quran JAKIM yang mengikuti kursus di Darul Quran ataupun Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN).

Tempoh Pengajian

Tempoh Pengajian adalah 5 semester ( 2 tahun setengah) iaitu selepas perpindahan jam kredit daripada peringkat Diploma ke peringkat Ijazah dan selepas itu pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).