Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Pelajar Cemerlang Perlu Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Soft Skill

Pelajar Cemerlang Perlu Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Soft Skill

Port Dickson, 30 Mac 2013 – “Pelajar cemerlang perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran soft skill sebagai nilai tambah yang mampu meletakkan mereka satu tingkat lebih tinggi dalam keboleh pasaran graduan”, kata Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, USIM semasa berucap di majlis perasmian Bengkel Kecemerlangan Akademik sesi 2012/2013, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah baru-baru ini.

Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Eagle Ranch Resort, Port Dickson ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kesedaran pelajar agar berusaha untuk menjadi golongan pelajar yang terus berada dalam kecemerlangan dan membimbing pelajar mengenali potensi diri agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan tahun 3, FPQS yang mendapat PNGK 3.50 dan keatas telah menyertai bengkel ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti  modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ropes Course Challenge, berakit dan lain-lain. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohd Zohdi Mohd Amin, selaku Ketua Fasilitator dan dibantu oleh lapan pensyarah FPQS selaku Fasilitator.

Turut hadir adalah Y.Brs. Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Dekan FPQS dan Y.Brs. Prof. Madya Dr. Fauzi Mohd Amin, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi, FPQS

Disediakan oleh :

Siti Maizatul Akmar Ismail

Penolong Pendaftar (Pentadbiran) FPQS