Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Program Sejernih Budi Seikhlas Kasih

Program Sejernih Budi Seikhlas Kasih

14 September 2013- Sekumpulan pelajar Tahun 3, Sesi 2013/2014 Ijazah Sarjana Muda Program Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat telah mengadakan suatu Program mahasiswa prihatin “Seikhlas Budi Sejernih Kasih” bersama anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan di Rumah Amal Limpahan Kasih Kg Seri Aman, Batu 13 Puchong, Selangor. Antara tujuan program tersebut adalah untuk menyemai penghayatan terhadap sunnah rasulullah dalam diri mahasiswa/i dalam membuat kebajikan dan menyelami hati mereka yang kurang bernasib baik, memberi pendedahan secara praktikal kepada mahasiswa/i cara berkomunikasi bersama masyarakat luar disamping membuat sumbangan amal, serta meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan Mahasiswa/i bertepatan dengan hasrat universiti. Pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w didedahkan kepada penghuni rumah berkenaan.