Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Program Perkhemahan Bahasa Arab FPQS 2014

Program Perkhemahan Bahasa Arab FPQS 2014

Pada 5 hingga 7 Disember 2014 yang lalu, telah berlangsung program Mukhayyam Lughah Arabiyyah yang dianjurkan oleh FPQS. Program ini melibatkan seramai 32 pelajar sebagai peserta. Manakala 7 orang pensyarah fakulti (bukan Melayu), 7 orang staf pentadbiran dan sekretariat perhubungan pelajar FPQS sebagai urusetia dan fasilitator.

Tujuan Mukhayyam yang diadakan di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka, adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Arab pelajar serta membina keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa bahasa Arab iaitu bahasa Al-Quran. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Mukhayyam tersebut. Antaranya, aktiviti kemahiran membentang laporan, berdialog, menyampaikan tazkirah, riadah dan kuiz. Kesemua aktiviti tersebut dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Arab .

Mukhayyam ini berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh pengarah program, iaitu Us. Walid Mohd Said selain amanat daripada ketua fasilitator, iaitu Dr. Abd Rahman Obied. Masjlis ini disusuli dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang terlibat serta pengumuman kumpulan terbaik. 

Penganjuran Mukhayyam kali ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta melalui borang maklum balas yang diedarkan. Rata-rata mereka mengharapkan agar program seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, semoga memberi manfaat kepada semua yang menyertainya dan dihitung oleh Allah S.W.T sebagai amal soleh pada hari akhirat kelak.




KLIK DI SINI UNTUK GALERI PENUH