Travelog Ghuraba’ D-Malé, Maldives

Male, Maldive, 02 Sep 2017, Seramai 27 Mahasiswa Pengajian Quran & Sunnah tahun 4 USIM dan seorang Pegawai Pengiring telah mengikuti Program Pengembaraan USIM GISO 2017:“Travelog Ghuraba’ D-Male, Maldive” ke Male, Maldive. Program ini telah berlangsung selama 8 hari bermula 02 September hingga 09 September 2017 yang diketuai oleh saudara Muhammad Zulhilmi Syazwan bin Mohamed Nazri selaku Pengarah Program dan diiringi oleh pensyarah FPQS, Ustaz Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar. Program ini bertujuan untuk melibatsama mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa disamping memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya  masyarakat setempat. Banyak aktiviti yang dapat dijayakan sebagaimana yang dirancang seperti mengadakan program di Rumah Anak Yatim Darr Zaid al-Khair Lil-Aitam, lawatan ke Islamic Universiti of Maldive  Maldives National University, Kementerian Hal Ehwal Islam Maldive, Markaz al-Quran dan lain-lain.