Syarahan Pakar 4

11 Julai 2012 - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah baru-baru ini telah menganjurkan Syarahan Pakar 4 sempena lawatan Sheikh Muhammad bin Muhammad Awwamah ke Malaysia. Beliau merupakan seorang ulama terkenal kelahiran Syria yang kini menetap di Madinah, Arab Saudi. 

Topik syarahan beliau adalah Prinsip-prinsip Asas Ilmu Tahkik Manuskrip. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pentahkikan manuskrip malah beliau sendiri telah mentahkik beberapa manuskrip khususnya dalam bidang hadis, antaranya kitab Sunan Abi Daud, al-Syamail al-Muhammadiyyah, Taqrib al-Tahzib, Mushannaf Ibn Abi Syaibah telah memberikan beberapa garis panduan penting dalam mentahkik manuskrip Islam. Antara garis panduan yang disebutkan ialah kepentingan mendampingi guru untuk mendapatkan pemahaman yang sempurna kepada manuskirp-manuskrip Islam, keperluan bertakwa dan ketelitian.

Beliau turut menyentuh berkenaan cara menuntut ilmu sebenar dan isu-isu semasa lain berkaitan ilmu pengetahuan. Turut memberi pengisian dalam syarahan itu adalah anak beliau iaitu Dr. Muhyiddin yang memberi pandangan terhadap isu-isu berkaitan pengajian Islam hari ini.