Artikel

Sinopsis Penyelidikan Pensyarah FPQS

Tajuk Penyelidikan: HADIS-HADIS MAUDHU’ DI DALAM KITAB IHYA’ ULUMIDDIN DAN PENGARUHNYA TERHADAP TAREKAT-TAREKAT TASAUF: SATU KAJIAN DI SEREMBAN

Kod: PPP/FQS-04-11008

No

Item

Maklumat

1.

Nama Penyelidik

1- (Leader): Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin

2- Dr. Abdul Rahman Obeid Hussein

3- Zamrie Ibrahim@Musa

4- Zulhilmi Mohamed Nor

5- Amiruddin Mohd Sobali

2.

Dana

Tanpa Biaya (Pembiayaan Sendiri)

3.

Tempoh kajian

Tarikh: Dari Nov 2008 to Julai 2010

Tempoh: 1 tahun 8 bulan

4.

Abstrak Kajian

Kajian ini berkisar tentang pengaruh hadis-hadis maudu’ yang terdapat di dalam kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali terhadap tarekat-tarekat di Seremban, Negeri Sembilan. Kajian lapangan ini bertujuan menerangkan tentang amalan-amalan kumpulan-kumpulan tarekat dan mengenalpasti hubungan di antara amalan ini dengan hadis maudu’ di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin oleh Imam al-Ghazali. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan beberapa bentuk soal selidik dan responden tertentu, menganalisa dokumen rasmi dan beberapa penulisan terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan serta mengadakan soal selidik dan perbincangan pegawai di Bahagian Tarekat dan Tasauf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa  tiada satu pun hadis maudu’ yang mempunyai pengaruhnya dengan tarekat-tarekat yang terkenal di Negeri Sembilan. Ini kerana hadis-hadis maudu’ di dalam kitab Ihya bersifat umum manakala amalan khas tarekat-tarekat ini berdasarkan sumbernya tersendiri.

5.

Dapatan dan Rumusan Kajian

Setelah diteliti kepada semua hadis palsu berkenaan dengan ibadah, akhlak dan akidah yang terdapat di dalam kitab Ihya Ulumiddin, kajian mendapati bahawa ia tiada kaitan dan pengaruhnya terhadap kedua-dua tarekat Ahmadiah dan Naqsyabandiyah kerana ia bersifat umum.

6.

Individu untuk dihubungi bagi tujuan rujukan

1- Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin

h/p: 016-3010406

office: 06-7986793

 2- Zulhilmi Mohamed Nor

office: 06-7986733

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.