Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Program Khidmat Kominiti di Rumah Anak Yatim

Program Khidmat Kominiti di Rumah Anak Yatim

19 Oktober 2013- Satu program khidmat komuniti telah dianjurkan oleh pelajar Tahun 2, Ijazah Sarjana Muda Program Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat Sesi 2013/2014. Program tersebut telah diadakan di Rumah  Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah di No.9, Jalan RK 5/7, Rasah, Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Rumah tersebut merupakan sebuah pusat jagaan, kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak yatim, memupuk sifat penyayang dalam kalangan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui aktiviti-aktiviti luar. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya gotong royong membersihkan kawasan rumah, tazkirah, sukaneka dan pelbagai lagi.