Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-15 FPQS

Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-15 FPQS

10 April 2015 - Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-15 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah dirasmikan Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Memilih tema ’15 Tahun Merintis dan Meneraju Naqli dan Aqli’ sambutan ulang tahun ke-15 FPQS bertujuan untuk Memartabatkan Quran dan Sunnah sebagai ruh kecemerlangan ilmu dan insan disamping bertekad menjadi sebuah fakulti yang terkehadapan dalam bidang pengajian Quran dan Sunnah bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-15 FPQS, buat julung kalinya FPQS berjaya menghasilkan Buku Integrasi Naqli dan Aqli dari Perspektif Quran dan Sunnah. Penerbitan buku ini adalah selaras dengan hasrat USIM 2015-2025 sebagai pusat rujukan serantau dan global dalam menerajui Integrasi Naqli dan Aqli khususnya dalam pendidikan Islam yang berteraskan Quran dan Sunnah.