KHIDMAT KOMUNITI (LOVE THE NATURE)

AYER KEROH ,ZOO MELAKA  seramai 85 mahasiswa Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat (SPM) tahun 3 FPQS telah mengadakan Program Khidmat Komuniti (Love The Nature) bertempat di Zoo Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membentuk sikap kepekaan terhadap isu-isu alam sekitar dan haiwan di kalangan mahasiswa/i, selain membina semangat kerja berpasukan di kalangan mereka.

Program yang telah mendapat kerjasama daripada pihak Zoo Melaka dan IM4U ini telah diketuai oleh Saudara Ahmad Rabbani Bin Mohd Ali dan Dr. Widus Sempo. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah pembersihan ternakan haiwan dan membersihkan kawasan persekitaran Zoo.