Intellectual Travelogue to Makassar, Indonesia

Makassar, Indonesia, 30 Ogos-5hb Sep 2017, Seramai 27 Mahasiswa Pengajian Quran & Sunnah tahun 3 USIM dan seorang Pegawai Pengiring Dr Amiruddin Bin Mohd Sobali telah mengikuti Program Lawatan Akademik Antarabangsa, Intellectual Travelogue to Makassar, Indonesia” ke Makassar, Indonesia pada 30-5hb Sep 2017.

Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pengalaman baru kepada mahasiswa disamping bertukar budaya dan ilmu pengetahuan dengan mahasiswa Universiti Hasanuddin, Makassar. Ia juga secara tidak langsung dapat mempromosikan USIM di peringkat antarabangsa.

Antara program akademik yang diadakan sempena lawatan tersebut adalah pertukaran pandangan dan idea melalui seminar yang dianjurkan bersama dengan Universiti Hasanuddin khusus untuk lawatan ini. Disamping itu, mahasiswa juga dapat merasa suasana sambutan Hari Raya Aidil Adha di perantauan yang mana program ini dianjurkan bertepatan dengan sambutan Aidil Adha.