GISO SPREAD THE JOY TO CAMBODIA (25 – 29 JUN 2018)

Phnom Pehn, Kemboja, 29 Jun 2018, Seramai 21 Mahasiswa Program Quran & Sunnah tahun 3 USIM dengan diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Ustaz Ahmad Kamel Mohamed, Pensyarah di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah telah mengadakan program GISO Spread The Joy To Cambodia di Kampung Chhanang, Kemboja. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 25hb Jun hingga 29hb Jun 2018. Beberapa aktiviti Kemanusiaan telah berjaya diadakan iaitu mengagihkan bantuan makanan dan pakaian, membuat pam telaga di beberapa buah rumah penduduk kampung, menyembelih seekor lembu untuk jamuan penduduk kampung dan lain-lain aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat. Disamping itu rombongan juga sempat mengadakan lawatan ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Phnom Pehn, ibu negeri Kemboja.

 

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Pehn, Kemboja

Lawatan Ke Istana Raja Sihanouk

Antara Perigi Pam yang disumbangkan oleh rombongan GISO

 

Di kediaman Tuan Mufti Negeri Kg Chhanang, Ustaz Hasyim yang membantu perjalanan program ini