SPP FPQS ke Batam, Indonesia

Pada 29 November hingga 2 Oktober 2012 lepas, Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (SPP FPQS) dengan kerjasama Unit Pembangunan Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) telah mengadakan Program Ekspedisi Kepimpinan Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ke Batam Indonesia.

Bergambar dengan Wali Kota Batam

Antara objektif program tersebut adalah menjejaki warisan peninggalan ilmu-ilmu Islam, menjana kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar dari segi kepimpinan dan pengurusan, menjana mahasiswa/i yang berilmu, berketerampilan, berakhlak, berwawasan, bermatlamat tinggi serta berbudaya saing yang sihat dalam semua bidang dan mengeratkan hubungan serantau di antara pusat pengajian tinggi di antara dua buah negara yang berbeza selain mempromosi USIM ke Batam, Indonesia.

Program Bersama Anak Yatim