Lawatan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hasanal Bolkiah

Pada 30 April lalu, FPQS telah menerima satu kunjungan daripada Institut Tahfiz al-Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Brunei. Lawatan tersebut bertujuan meneroka peluang bagi menjalinkan hubungan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. Di samping mendapatkan info-info berkaitan fakulti dan program-program yang ditawarkan, lawatan itu juga bertujuan untuk meninjau peluang lanjutan pelajaran bagi lepasan ITQSHHB ke USIM.