Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Lawatan Ilmiah Antarabangsa Pelajar SPM, FPQS 2013 ke Indonesia

Lawatan Ilmiah Antarabangsa Pelajar SPM, FPQS 2013 ke Indonesia

21– 23 Januari 2013- Sekumpulan pelajar Tahun 4, Sesi 2012/2013 Ijazah Sarjana Muda Program Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat telah mengadakan suatu Program Lawatan Ilmiah Antarabangsa ke Indonesia. Antara tujuan program tersebut adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap aspek pengurusan maklumat serta kegiatan penyebaran ilmu Hadis terutamanya di republik itu.

Melalui pendedahan seperti ini, mereka bukan sahaja mendapat pengetahuan yang berharga malah dapat menimba pengalaman yang tidak dapat dilupakan terutamanya dalam bersedia menerima perbezaan budaya masyarakat yang boleh dijadikan panduan bagi mereka pada masa akan datang.

Antara tempat yang mereka lawati adalah Perpustakaan National Republik Indonesia, Masjid Istiqlal dan Pusat Kajian Hadis Al-Mughni.

Sepanjang sesi lawatan, pihak tuan rumah tempat lawatan telah memberikan layanan dan sambutan yang baik kepada mereka.

Bergambar bersama Pengarah Pusat Kajian Hadis al-Mughni Dr. Ahmad Lutfi Fathullah di pusat tersebut

Bergambar di Majid Istiqlal bersama Bapak Kailani, Pegawai Perhubungan Masjid Istiqlal

 Bergambar bersama pustakawan Perpustakaan Nasional RI

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.