Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Debat Piala Dekan FPQS 2014

Debat Piala Dekan FPQS 2014

Nilai   4 November, 2014 – Satu pertandingan Debat Piala Dekan telah dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dengan kerjasama Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) yang telah diadakan pada 31 Oktober dan 1 November 2014. Pertandingan ini telah disertai sebanyak 14 pasukan yang terdiri daripada mahasiswa Pengajian Quran dengan Sunnah, Pengajian Quran dengan Multimedia dan Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat. Istimewanya Pertandingan Debat Piala Dekan FPQS kali ini, turut disertai oleh mahasiswa daripada Darul Quran dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS). Pertandingan ini melibatkan tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Antara objektif Pertandingan Debat ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan mahasiswa tentang pengucapan awam di samping untuk membentuk budaya berfikir dan berdebat di kalangan mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah khususnya. Selain itu adalah untuk mencari pelapis pendebat yang akan menyertai Pertandingan Debat Piala Naib Canselor tidak lama lagi.

Pertandingan Akhir Kejohanan Debat Piala Dekan FPQS kategori Bahasa Arab telah berlangsung pada 1 November  2014  bertempat di Dewan Kuliah Utama, FPQS  yang turut menyempurnakan majlis penutup oleh Prof. Madya Mohd Fauzi  Mohd Amin, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan:

Kategori Bahasa Arab:

Johan : Pengajian Quran dengan Sunnah

Naib Johan : Darul Quran

Pendebat Terbaik : Muhammad Abduh Bin Mohamad Sayuzi

Kategori Bahasa Inggeris:

Johan : Darul Quran

Naib Johan : Pengajian Quran dengan Multimedia

Pendebat Terbaik : Mohd Aminur Rahman Bin Mohamed Rashid

Kategori Bahasa Melayu:

Johan : Darul Quran

Naib Johan : Pengajian Quran dengan Sunnah

Pendebat Terbaik : Che Faizul Azhar Che Mat


Timbalan Dekan II FPQS, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin berucap di majlis penutup Pertandingan Debat.

Antara peserta Debat bergambar kenangan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Majulah debat untuk FPQS!

~Artikel telah dikarang oleh Nurul Nabila Ruslan, Setiausaha II SPP FPQS.

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.