Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
Bengkel Pemantapan Laman Web FPQS

Bengkel Pemantapan Laman Web FPQS

25 Januari 2013 - Dalam dunia yang dikenali sebagai dunia tanpa sempadan telah banyak mengubah cara hidup masyarakat dunia dalam pelbagai aspek terutamanya bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam menggunakan pendekatan laman web yang bertujuan untuk penyaluran maklumat sekaligus sebagai medium promosi dan publisiti di dalam dan luar negara.

Dalam memastikan laman web FPQS lebih efektif dan dapat memberi informasi yang memenuhi keperluan masyarakat, satu bengkel pemantapan laman web telah diadakan pada 25 hingga 26 Januari 2013 bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dickson.

Antara objektif bengkel ini adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap kandungan di dalam laman web fakulti disamping mendapatkan idea baru dalam usaha mempertingkatkan laman web fakulti sebagai medium pencarian maklumat yang berkesan.

Diharapkan melalui bengkel yang telah dilaksanakan laman web FPQS akan menjadi medium utama dalam pencarian maklumat yang berkaitan pengajian al-Quran dan Sunnah dalam dan luar negara.    

 

 

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.