Kata Aluan Dekan

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. yang mengajar manusia melalui Kalam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w, penyampai risalah Quran dan pembimbing umat ke jalan Salam.

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya pihak Fakulti Pengajian Quran & Sunnah dapat membangunkan laman webnya sendiri yang diharapkan dapat menjadi medium hebahan dan interaksi antara pihak fakulti dengan orang ramai. Selaras dengan perkembangan IT yang sentiasa berkembang, menjadi sesuatu yang signifikan bagi setiap organisasi untuk mempunyai laman web, apatah lagi organisasi yang berkaitan dengan Islam atau  berkaitan dengan pengajian Islam. Kerana selain dapat menyampaikan maklumat berkaitan organisasi, ia juga dapat membantu menyampaikan dakwah Islamiyah, memudahkan urusan dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam. Atas dasar inilah laman web ini dibangunkan.

Pihak FPQS amat mengalu-alukan kunjungan semua pengunjung ke laman web ini. Semoga segala hebahan berkaitan fakulti ini atau info-info berkaitan ilmu, khususnya ilmu Quran dan Sunnah dapat dimanfaatkan oleh semua.

Wassalamu'alaikum.

PROF. MADYA DR. ADNAN BIN MOHAMED YUSOFF
Dekan
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah
USIM

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.