Misi & Visi

VISI

Memartabatkan Al-Quran dan Sunnah dalam melahirkan insan yang berteraskan pendidikan Islam dan teknologi terkini yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat.


MISI 

  1. Menjalankan penyelidikan yang meneroka masalah dan cabaran umat Islam serta mencari penyelesaiannya bersumberkan Quran dan Sunnah bagi meningkatkan mutu kehidupan dan martabat diri umat Islam sebagai umat yang bertaqwa, moden dan progresif.
  2. Melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi, berpandangan jauh, berakhlak mulia serta berdaya kepimpinan yang tinggi dalam semua bidang bagi menerajui pembangunan negara seiring dengan wawasan dan perkembangan negara dan juga dunia Islam seluruhnya. Secara khususnya, membentuk graduan yang berkualiti, kreatif dan inovatif dalam kaedah penyampaian dan meningkatkan pengalaman serta penghayatan masyarakat terhadap Quran dan Sunnah.
  3. Membentuk tenaga kerja yang mempunyai peribadi mulia, beretika, cekap dan profesional bagi menggerakkan pembangunan serta berdaya saing tinggi bagi memimpin masyarakat Islam moden yang progresif dalam semua arena yang diceburi.
  4. Menyebarkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada seluruh umat melalui usaha khidmat masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mereka kepada kesucian agama Islam dan ketaqwaan mereka kepada Allah s.w.t.
  5. Menyokong menjadikan USIM sebagai sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang terkemuka dalam ilmu-ilmu Islam dan dikenali disemua peringkat sama ada  tempatan, serantau mahupun global.

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.