Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M

//Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M

6 April, Putrajaya; Tiga orang peserta dari Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM telah menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP) yang bermula dari 1-6hb April 2018. Alhamdulillah ketiga-tiga peserta yang terdiri dari pensyarah Dr Anuar Hasin yang mewakili negeri Perak telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Tilawah al-Quran Lelaki. Manakala dua orang lagi adalah mahasiswa Program Pengajian Quran & Sunnah iaitu saudara Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar, dari FPQS USIM Darul Quran yang mendapat tempat pertama ataupun Johan kategori hafazan 1-30 Juzu’ dan saudara Ahmad Rayyan Bin Sheikhudin, mahasiswa Program Pengajian Quran & Sunnah USIM mendapat tempat Kedua kategori menghafaz Quran 1-30 Juzu’. Tahniah diucapkan kepada mereka semua yang mana turut mengharumkan nama Fakulti dan Universiti. Tidak lupa juga penghargaan dan tahniah kepada Prof Madya Dr Khairul Anuar Mohamad al-Bakri, pensyarah di FPQS USIM merangkap Pengarah Pusat Islam USIM yang menjadi salah seorang juri hakim pada Majlis tersebut.

2018-12-11T14:47:59+00:00