Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 155

Warning: Illegal string offset 'mime' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 157

Warning: Illegal string offset 'defer' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 159

Warning: Illegal string offset 'async' in /home/fpqs/public_html/libraries/joomla/document/html/renderer/head.php on line 163
FPQS Juara Piala "Charity Shield" Edisi 2013

FPQS Juara Piala "Charity Shield" Edisi 2013

Nilai, 20 Mac 2013 - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), juara bola sepak SUFA 2012 melakar kejayaan penuh dramatic menewaskan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Juara Liga musim 2012 dengan jaringan 3-2 pada aksi pembukaan Liga Fakulti USIM 2013 merebut Perisai Sumbangsih Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Hj Husin yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM.

Ketinggalan 2 mata tidak melemahkan semangat pemain FPQS apabila bijak mencuri peluang menjaringkan gol kemenangan pada penghujung babak kedua ketika saingan berbaki 1 minit. Kealpaan benteng pertahanan FEMditambah kekurangan pengalaman beberapa pemain beraksi dibaca baik pemain FPQS dengan menjelmakan gol kemenangan untuk muncul Juara edisi 2013.

Tahniah kepada pasukan FPQS yang telah menunjukkan mutu permainan dan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Semoga pasukan bola sepak FPQS terus maju di masa akan datang.

Para Pemenang Perlawanan "Charity Shield" yang menggambarkan kesepaduan dalam kesukanan bolasepak.

Sumber : Pusat Sukan USIM

 

 

 

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.