LAWATAN ILMIAH ANTARABANGSA KE LOMBOK, INDONESIA

Lombok, Indonesia, 22 Okt 2017, Seramai 26 Mahasiswa Program Quran dengan Multimedia tahun 4 USIM dan seorang Pegawai Pengiring telah mengikuti program Lawatan Ilmiah Antarabangsa ke Lombok, Indonesia. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 22hb Oktober hingga 26hb Oktober 2017 diiringi oleh pensyarah FPQS, Dr. Amran Abdul Halim. Beberapa aktiviti berbentuk ilmiah seperti Forum dan Seminar berjaya diadakan dengan kerjasama Institusi Pengajian di sana seperti Institut Agama Islam Tinggi Mataram (UIN), Lombok dan Sekolah Luar Biasa(SLB) Selagalas  disamping lawatan ke tempat-tempat menarik di Pulau Lombok.

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.