Syarahan Pakar 4

11 Julai 2012 - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah baru-baru ini telah menganjurkan Syarahan Pakar 4 sempena lawatan Sheikh Muhammad bin Muhammad Awwamah ke Malaysia. Beliau merupakan seorang ulama terkenal kelahiran Syria yang kini menetap di Madinah, Arab Saudi. 

Topik syarahan beliau adalah Prinsip-prinsip Asas Ilmu Tahkik Manuskrip. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pentahkikan manuskrip Islam malah beliau sendiri telah mentahkik beberapa manuskrip Islam khususnya dalam bidang hadis, antaranya kitab Sunan Abi Daud, al-Syamail al-Muhammadiyyah, Taqrib al-Tahzib, Mushannaf Ibn Abi Syaibah telah memberikan beberapa garis panduan penting dalam mentahkik manuskrip Islam, antaranya kepentingan mendampingi guru untuk mendapatkan pemahaman yang sempurna kepada manuskirp-manuskrip Islam, keperluan bertakwa dan ketelitian.

Beliau turut menyentuh berkenaan cara menuntut ilmu sebenar dan isu-isu semasa lain berkaitan ilmu pengetahuan. Turut memberi pengisian dalam syarahan itu adalah anak beliau iaitu Dr. Muhyiddin yang memberi pandangan terhadap isu-isu berkaitan pengajian Islam hari ini.

 

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.