Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan Kepujian

OBJEKTIF

Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam kedua-dua bidang Quran dan Multimedia secara bersepadu untuk melahirkan modal insan yang profesional dan beretika.

  1. Memberi nilai tambah kepada graduan bidang pengajian Islam menerusi integrasi yang mantap antara pengajian Quran dengan multimedia.
  2. Menyediakan graduan yang berdaya saing dalam bidang pengajian Quran bagi memenuhi keperluan industri.
  3. Merealisasikan misi USIM untuk menjadi sebuah universiti yang terkehadapan dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

SYARAT KEMASUKAN

Calon-calon yang memohon mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuklah mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia;
  • Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab Komunikasi;
  • Matematik;
  • Sains;
  • Mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran berikut:-
  • Pendidikan Islam;
  • Tasawwur Islam;
  • Pendidikan Syariah Islamiyyah;
  • Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah; dan
  • Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat tersebut.

2.  Memiliki mana-mana kelayakan berikut:

2.1 Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; atau

2.2 Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan sekurang-kurangnya Gred C    (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab; dan
  • Syariah/Usuluddin; atau

2.3 Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

3. Telah menmenuhi keperluan MUET

4. Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.

KOMPONEN PROGRAM

1. Untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia (Dengan Kepujian) pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 138 unit atau 4 tahun (8 semester) pengajian sepenuh masa. Pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus mengikut keperluan, peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh USIM dan Fakulti.

2. Struktur program ini umumnya, terbahagi kepada empat bahagian, iaitu komponen kursus Wajib Universiti (WU), komponen kursus Wajib Fakulti (WF), komponen kursus Wajib Program (WP) dan komponen kursus Elektif Program (EP). Perincian kepada komponen program ini akan bergantung kepada jenis program masing-masing.

3. Justifikasi komponen program: Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia (Dengan Kepujian) merupakan satu program yang mana ianya merangkumi semua aspek pengajian Quran dan bidang yang berkait rapat dengan bidang pengajian Islam, teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan asas kaedah penyelidikan. Komponen program ini disusun dengan rapi dan teliti untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam yang amat mengharapkan graduan yang dilahirkan dari bidang ini dapat melaksanakan nilai–nilai Islam. Setiap program yang ditawarkan akan berteraskan kepada ajaran Islam sepenuhnya agar ianya dapat diterima oleh masyarakat selari dengan kehendak masyarakat Islam moden dan progresif. Diharapkan dengan cara itu setiap program yang ditawarkan akan dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada masyarakat.

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.