SILIBUS PAKEJ B

/SILIBUS PAKEJ B
SILIBUS PAKEJ B 2025-05-02T16:28:10+00:00

Silibus SPeQS Pakej B:

📌Pakej B

Tajwid Lanjutan:
Subtopik: Perbincangannya secara teori bermula dari Tajuk Mad Lazim sehingga ke akhir perbincangan Ilmu Tajwid (bacaan khusus Imam Hafs ‘an Asim) ditambah dengan praktikal secara talaqqi surah-surah tertentu dengan guru-guru.

Ilmu Tafsir:
Subtopik: Pengenalan, penterjemahan dan pentafsiran, sejarah perkembangan Ilmu Tafsir, metodologi tafsir, karya dan tokoh Tafsir bi al-Ma’thur, karya dan tokohTafsir bi al-Ra’y, karya dan tokoh tafsir era modern, tafsir Basmalah, tafsir Surah al-Fatihah, tafsir ayat al-Kursi.

Asas Takhrij Hadith:
Subtopik: Pengenalan, sejarah dan perkembangan ilmu takhrij, kaedah-kaedah takhrij dan pengenalan kitab-kitab yang berkaitan (seperti: al-musnad, al-jami’, al-sunan, al-muwatta’, al-musannaf), takhrij hadith pada zaman ICT, merujuk hukum dan status hadith.

Hadith Tematik:
Subtopik: Huraian hadith-hadith tentang sabar, khusyuk dalam solat, kesatuan ummat, empat golongan yang masuk syurga.