Sijil Pengajian Quran & Sunnah (SPeQS) merupakan kelas modul alternatif yang bertujuan untuk menyampaikan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah secara dalam talian dan sistematik. Ia dijalankan dalam tempoh enam belas minggu dan dikendalikan oleh pensyarah daripada Fakulti Quran dan Sunnah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Peserta akan dianugerahkan sijil selepas menyelesaikan keseluruhan siri kelas ini dalam satu majlis khas atau konvokesyen.
Objektif pelaksanaan SPeQS adalah untuk menyediakan ruang kepada masyarakat umum bagi mendapatkan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah secara sistematik yang diuruskan oleh institusi pengajian tinggi awam yang diiktiraf, mendedahkan peserta kepada pengetahuan asas berkaitan al-Quran dan al-Sunnah, serta memasyhurkan kepakaran yang dimiliki oleh Fakulti Quran dan Sunnah. Penyertaan adalah terbuka kepada orang awam, khususnya penjawat awam dan pesara kerajaan.
OBJEKTIF
1.0 Menyediakan ruang kepada masyarakat umum untuk mendapatkan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah secara sistematik yang dikendalikan oleh institusi pendidikan awam yang diiktiraf.
2.0 Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah dalam kalangan masyarakat umum.
3.0 Mendedahkan masyarakat setempat kepada pengetahuan asas berkaitan al-Quran dan al-Sunnah.
SOROTAN PROGRAM
1.0 Sijil akan dianugerahkan kepada peserta dan dikeluarkan secara rasmi oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM.
2.0 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian.
3.0 Disampaikan oleh pakar dalam bidang masing-masing melalui pensyarah universiti dengan menggunakan teknik pengajaran yang sistematik.
SOALAN YANG LAZIM DITANYA OLEH PESERTA SPEQS
1. Saya sudah membuat pendaftaran. Adakah terdapat pengesahanyang saya sudah daftar?
• Para peserta boleh rujuk emel masing-masing untuk melihatpengesahan pendaftaran. Peserta juga perlu lihat pengesahan dibahagian lain selain mesej emel utama seperti ‘spam’ dan ‘junk’.
2. Bagaimana saya nak menyertai pakej lain jika ada pakej yangbertembung waktu kelasnya?
• Misalnya anda mengambil SET TRIPLE (Pakej A, B & C), jika andamenyertai kelas pakej A, maka anda boleh mengikuti kelas pakej Csecara rakaman kerana pakej A bertembung waktunya denganpakej C.
3. Berapa kali bayaran secara ansuran?
• 3 kali bayaran ansuran termasuk bayaran pertama.
4. Saya pilih untuk buat bayaran secara ansuran. Bilakah saya perlubuat bayaran seterusnya dan adakah saya perlu bayar melalui linkyang sama?
• Peserta perlu buat pembayaran seterusnya melalui link yang lain.Admin akan berikan link yang bagi pembayaran seterusnya di grouppakej selepas sahaja minggu pertama kelas bermula.
5. Adakah disediakan nota kelas?
• Nota akan disediakan dalam bentuk PDF dan buku bagi setiapsubjek akan dijual. Makluman akan dimaklumkan dalam group nanti.
6. Adakah terdapat peperiksaan/penilaian khas dalam program ini?
• Tiada.
7. Adakah disediakan rakaman kelas untuk rujukan semula?
• Ya, rakaman disediakan.8. Adakah terdapat minimum kehadiran ke kelas diperlukan?
• Tiada. Peserta boleh hadir tanpa terikat dengan apa-apa syarat.Diharapkan peserta dapat memberikan komitmen sepanjang kelas.
9. Bolehkah saya sertai pakej lain terus tanpa sertai Pakej A (peringkatasas)?
• Boleh. Yang penting peserta sudah ada asas yang baik tentangsubjek dalam pakej lain.
10.Adakah sijil program boleh melayakkan saya untuk sambung ke peringkat pendidikan lebih tinggi seperti diploma, ijazah sarjana muda dan lain-lain?
• Program ini bukan program sambung pendidikan ke peringkatlebih tinggi seperti taraf diploma dan lain-lain yang memerlukanpengiktirafana Malaysian Qualification Agency (MQA) tetapiprogram ini hanya program sepanjang hayat untukmenambahkan ilmu sahaja. Namun sijil program ini bolehdijadikan dokumen sokongan bagi mana-mana permohonan yangdibuat seperti permohonan tauliah mengajar agama.
11.Apakah syarat kelayakan seperti taraf pendidikan, had umur untuk sertai program ini?
• Tiada apa-apa syarat kelayakan yang ditetapkan. Program terbukakepada semua golongan.
12.Bilakah Tarikh akhir pendaftaran?
• 9 Mei 2025