FPQS Berjaya Menganjurkan Seminar Kearifan Nusantara 2024 di Narathiwat

//FPQS Berjaya Menganjurkan Seminar Kearifan Nusantara 2024 di Narathiwat

Pada tarikh 21 Januari 2024, Jawatankuasa Seminar Kearifan Nusantara telah mengadakan trip ke Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat Thailand. Trip tersebut antara lain adalah bagi menyempurnakan majlis perasmian Seminar Kearifan Nusantara kali ke-5 di Muzium Manuskrip al-Quran tersebut. Seramai 11 orang pensyarah telah membentangkan hasil kajian mereka di dalam seminar tersebut, manakala sebanyak 130 kertas kerja lagi telah terdahulu dibentangkan dalam seminar yang sama pada hari Sabtu 20 Januari 2024 di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Guru Baba Haji Muhammad Lutfi Ahmad, Mudir Madrasah al-Ahmadiah merangkap Pengarah Muzium aal-Quran Narathiwat Thailand. Turut hadir sebagai pembentang utama adalah YBhg. Datuk Abd Latiff Mirasa Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Malaysia. Antara tempat-tempat yang dilawati di sepanjang trip ini adalah: Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat, Masjid Kerisik, Telaga Tok Syaikh Dawud al-Fatoni, Pondok Dala, Masjid Wadi al-Husayn Narathiwat dan Pekan Hat Yai. Scara umumnya, seminar ini telah berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan di samping turut berhasil dalam memperomisikan FPQS USIM di Selatan Thailand dan Kawasan sekitarnya.

2024-03-12T11:55:38+00:00