Sijil Pengajian Quran & Sunnah (SPeQS) ialah kelas modular alternatif yang bertujuan untuk menyampaikan pendidikan al-Quran dan Sunnah secara dalam talian dan sistematik. Ia dijalankan dalam tempoh enam belas minggu dan difasilitasi oleh pensyarah Fakulti Al-Quran dan Sunnah yang pakar dalam bidang masing-masing. Peserta akan dianugerahkan sijil selepas tamat keseluruhan siri kelas semasa majlis khas atau konvokesyen.
Objektif pelaksanaan SPeQS adalah untuk memberi ruang kepada masyarakat umum memperoleh pendidikan al-Quran dan al-Sunnah yang sistematik yang diuruskan oleh institut pengajian tinggi awam yang diiktiraf, mendedahkan peserta kepada ilmu asas berkaitan al-Quran dan al-Sunnah, serta mempopularkan kepakaran yang dipegang oleh Fakulti Al-Quran dan Sunnah. Penyertaan terbuka kepada orang awam khususnya penjawat awam dan pesara kerajaan.