MoU diantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI

//MoU diantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI
Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI yang berlangsung di Lounge, Canselori USIM pada 11 Oktober 2023. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin. Manakala, Dar Al-Qari Resources diwakili oleh Dato’ Haji Rizalman Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Tuan Jailani Jantan.
Melalui jalinan kerjasama ini, USIM akan mendapat tajaan melalui geran penyelidikan berkaitan cabang ilmu Pengajian Islam serta bidang-bidang lain yang akan dimuktamadkan untuk tempoh 2 tahun berjumlah RM100,000.00. Selain itu, penajaan dua orang biasiswa pelajar siswazah yang meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku mengikut surat tawaran selama 8 semester berjumlah RM21,842.00, di samping perkongsian kepakaran dan ilmu di bawah Projek Rimba Tarim.
2024-03-11T15:42:01+00:00