Ijazah Lanjutan

/Ijazah Lanjutan
Ijazah Lanjutan 2018-09-18T22:21:38+00:00

IJAZAH LANJUTAN

1.0     LATAR BELAKANG:

Menawarkan program dalam bentuk penyelidikan dan penulisan tesis secara penuh-masa dan sambilan.

2.0    PENYELIDIKAN DAN PENULISAN TESIS 

TEMPOH PENGAJIAN 

Program siswazah yang ditawarkan adalah secara Penyelidikan:

Bil Program Bahasa Pengantar Tempoh Pengajian
1 Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris Sepenuh masa: 4 hingga 6 semester

Separuh masa: 6 hingga 10 semester

2 Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah Sepenuh masa: 6 hingga 12 semester

Separuh masa: 8 hingga 14 semester

Kemasukan: FEBRUARI & SEPTEMBER 2013

3.0    SYARAT KEMASUKAN 

Pemohon yang berminat mengikuti Program Pengajian Siswazah Universiti Sains Islam Malaysia daripada FPQS mestilah mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada kelayakan berikut:

3.1 Ijazah Sarjana 
·    Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang baik dalam bidang yang sesuai dengan bidang yang dipohon daripada Universiti Sains Islam Malaysia; atau
·    Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang baik dalam bidang yang sesuai dengan bidang yang dipohon daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
·    Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda yang sesuai dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

3.2 Ijazah Doktor Falsafah 
·    Ijazah Sarjana dalam bidang yang sesuai dengan bidang yang dipohon daripada Universiti Sains Islam Malaysia; atau
·    Ijazah Sarjana dalam bidang yang sesuai dengan bidang yang dipohon daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
·    Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana yang sesuai dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
·    Calon Ijazah Sarjana yang sesuai dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah untuk menukar status pengajiannya kepada program Ijazah Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat.

Pemohon dikehendaki membuktikan kelayakan atau penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang memuaskan dan mengemukakan bukti penguasaan bahasa bersama-sama borang permohonan.

Pemohon yang telah diterima masuk tetapi masih belum memenuhi syarat penguasaan Bahasa Arab dikehendaki mendaftar dan lulus kursus Bahasa Arab yang akan ditentukan.

4.0    BIDANG PENYELIDIKAN FPQS/BITARA

BIL.    BIDANG BITARA (NICHE)       
1.    Pengintegrasian Pengajian Quran dan Sunnah dengan ilmu Sains dan Teknologi:

·1    Aplikasi sains dan teknologi dalam pengajian Quran.
·2    Aplikasi sains dan teknologi dalam pengajian Sunnah.
·3    Aplikasi sains dan teknologi dalam pengajian Sirah.
·4  Sumbangan tokoh/kumpulan/institusi dalam pengaplikasian sains dan teknologi dalam pengajian Quran/Sunnah/Sirah.
·5    Aplikasi sains dan teknologi dalam pemuliharaan/pengembangan warisan cabang ilmu dalam pengajian Quran/Sunnah/Sirah Rasulullah s.a.w.

2.    Pengkajian Metodologi Pengajian Quran dan Sunnah mengikut keperluan semasa:

·1    Metodologi/sistem pengajian Quran dalam masyarakat/institusi tempatan dan antarabangsa.
·2    Metodologi/ sistem pengajian Hadis dalam masyarakat/ institusi tempatan dan antarabangsa.
·3    Metodologi/ sistem pengajian Sirah dalam masyarakat/ institusi tempatan dan antarabangsa.
·4    Metodologi/ sistem pengajian Quran, Sunnah dan Sirah bagi golongan berkeperluan khas.
·5    Metodologi tokoh ulama terbilang pengajian Quran/Sunnah/sirah dalam hasil karya dan sumbangan mereka kepada bidang kepakaran.

3.    Penyelesaian isu – isu semasa berkaitan Quran dan Sunnah:

·1    Salah faham kumpulan/masyarakat dalam pemahaman/pengamalan/penghayatan nas – nas yang terkandung dalam Quran.
·2    Salah faham kumpulan/masyarakat dalam pemahaman/pengamalan/penghayatan nas – nas yang terkandung dalam Sunnah Rasulullah s.a.w.
·3    Salah faham kumpulan/masyarakat dalam pemahaman/pengamalan/penghayatan terhadap fakta-fakta dalam Sirah dan Hadharah Islam.
·4    Sumbangan pengajian Quran/Sunnah dalam mengukuhkan dasar – dasar pembangunan masyarakat dan negara.

4.    Pengembangan Ilmu warisan dalam bidang Quran dan Sunnah

·1    Kajian/tahkik Manuskrip cabang-cabang Ilmu dalam bidang Quran, Sunnah, Sirah Hadharah Islam.
·2    Kajian/tahkik kitab – kitab turath (warisan) dalam ilmu Qiraat/Tarannum/sirah/Keperpustakaan Islam/Ulum al-Quran/Ulum al-Hadith dan lain – lain.
·3    Sumbangan tokoh/kumpulan/institusi dalam memelihara/menghidupkan/mengembangkan keunikan warisan cabang ilmu Pengajian Quran/sunnah seperti Qiraat/Tarannum/Sirah Rasul/Kajian Manuskrip Islam/Keperpustakaan Islam/Ulum al-Quran/Ulum al-Hadith dan lain – lain.
·4    Sumbangan tokoh/kumpulan/institusi dalam memelihara/menghidupkan/mengembangkan warisan  ilmu Tibb Nabawi (Perubatan Nabawi) dalam konteks semasa.