Latar Belakang

Bangunan FPQS

Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) merupakan sebuah fakulti yang pertama ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2001. Di antara tujuan penubuhannya ialah untuk memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan negara dengan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Di samping itu, ia turut bertujuan untuk mengembangkan lagi Syiar Islam dengan  membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan dan hikmah yang terkandung di dalam kitab suci Quran dan Sunnah kepada masyarakat dan negara.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, FPQS telah menubuhkan 3 program pengajian:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Dengan Kepujian (SMPQS)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan Kepujian (SMPQM)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian (SMPSM)

Selain program-program prasiswazah, FPQS turut menawarkan Ijazah Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah dan Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah.

Adalah diharapkan fakulti ini dapat menjadi satu lagi wadah untuk menghasilkan graduan-graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah serta dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan umat dan negara.

Bangunan Baru Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang dahulunya beroperasi di bawah bumbung Fakulti Syariah dan Undang-undang kini lebih maju dan menyerlah dengan siapnya bangunan baru yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang moden. Bangunan baru ini sudah mula beroperasi sejak tahun 2009 lagi.

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.