Program

/Program

FPQS Berjaya Menganjurkan Seminar Kearifan Nusantara 2024 di Narathiwat

Pada tarikh 21 Januari 2024, Jawatankuasa Seminar Kearifan Nusantara telah mengadakan trip ke Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat Thailand. Trip tersebut antara lain adalah bagi menyempurnakan majlis perasmian Seminar Kearifan Nusantara kali ke-5 di Muzium Manuskrip al-Quran tersebut. Seramai 11 orang pensyarah telah membentangkan hasil kajian mereka di dalam seminar tersebut, manakala sebanyak 130 kertas kerja lagi telah terdahulu dibentangkan dalam seminar yang sama pada hari Sabtu 20 Januari 2024 di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Guru Baba Haji Muhammad Lutfi Ahmad, Mudir Madrasah al-Ahmadiah merangkap Pengarah Muzium aal-Quran Narathiwat Thailand. Turut hadir sebagai pembentang utama adalah YBhg. Datuk Abd Latiff Mirasa Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Malaysia. Antara tempat-tempat yang dilawati di sepanjang trip ini adalah: Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat, Masjid Kerisik, Telaga Tok Syaikh Dawud al-Fatoni, Pondok Dala, Masjid Wadi al-Husayn Narathiwat dan Pekan Hat Yai. Scara umumnya, seminar ini telah berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan di samping turut berhasil dalam memperomisikan FPQS USIM di Selatan Thailand dan Kawasan sekitarnya.

FPQS Berjaya Menganjurkan Seminar Kearifan Nusantara 2024 di Narathiwat2024-03-12T11:55:38+08:00

Selamat Bersara

Jasamu dikenang…Selamat bersara diucapkan kepada Prof. Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin. Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat sebagai Profesor di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Selamat Bersara2024-03-13T10:48:21+08:00

Sekalung tahniah Kepada Peserta Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran, Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran, Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 1445H I 2024M pada 13-15 Februari 2024 bertempat di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Negeri Sembilan

Johan – Kategori Tilawah (Perempuan)
Nadhrah Ahmad Marzuki (Alumni FPQS)

Naib Johan – Kategori hafazan Juzuk 1-30 (Lelaki)
Afif Syahmi Azman

Johan – Kategori hafazan Juzuk 1-10 (Lelaki)
Muhammad Nabil Hadi Muhamad Adnin

Ketiga – Kategori hafazan Juzuk 1-30 (Lelaki)
Mohamad Firdaus Abdul Shariff

Naib Johan – Kategori hafazan Juzuk 1-20 (Lelaki)
Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisyam

Johan – Kategori hafazan Juzuk 1-30 (Perempuan)
Raudhatun Najah Rashidi

Sekalung tahniah Kepada Peserta Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran, Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus2024-03-12T10:42:53+08:00

JOM JELAJAH FPQS

telah berlangsung dengan jayanya satu Program “JOM! JELAJAH FPQS” dikalangan pelajar baharu Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah sesi Akademik 2023/2024.
Tarikh: 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat: DKU, FPQS, Usim
Peserta terlibat: Pelajar Baharu Sesi 2023/2024
Pihak Pengurusan Tertinggi serta Fakulti mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu sesi kali ini🥳
Semoga terus maju jaya dan dapat mencipta memori indah sepanjang pengajian, seterusnya beroleh kejayaan yang diidamkan…aamin
JOM JELAJAH FPQS2024-03-11T15:59:16+08:00

PENILAIAN AKREDATASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJAI QIRAAT DENGAN KEPUJIAN

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Pengajian Qiraat Dengan Kepujian (MQA/FA9719) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 19-20 Oktober 2023 bertempat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM
PENILAIAN AKREDATASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJAI QIRAAT DENGAN KEPUJIAN2024-03-11T15:57:07+08:00

RETREAT FPQS 2023

telah berlangsung RETREAT FPQS Tahun 2023 sepanjang 2 hari (14 & 15 Oktober 2023) dengan bertemakan:”Kerja Ceria, Kerja Bahagia” di Hotel Mudzaffar, Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Sukaneka, Cabutan Bertuah, Team Building, Anugerah Pencapaian Cemerlang Peringkat Fakulti, Qiamulaill dan banyak lagi.
Penganjuran program seperti ini sangat relevan dengan objektif untuk merapatkan ukhwah sesama staf FPQS dan meningkatkan semangat bekerjasama dikalangan Pihak Pengurusan Tertinggi, Pensyarah dan juga Staf Pentadbiran.
Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jazakumullahukhairan kathira.
RETREAT FPQS 20232024-03-11T15:45:09+08:00

FPQS BERJAYA MENGANJURKAN SEMINAR WAHYU ASAS TAMADUN 2023

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah bersama-sama menjayakan Seminar Wahyu Asas Tamadun 2023 (SWAT) Peringkat Antarabangsa pada 4 hingga 5 Oktober 2023.

FPQS BERJAYA MENGANJURKAN SEMINAR WAHYU ASAS TAMADUN 20232024-03-11T15:40:59+08:00

MoU diantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI

Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI yang berlangsung di Lounge, Canselori USIM pada 11 Oktober 2023. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin. Manakala, Dar Al-Qari Resources diwakili oleh Dato’ Haji Rizalman Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Tuan Jailani Jantan.
Melalui jalinan kerjasama ini, USIM akan mendapat tajaan melalui geran penyelidikan berkaitan cabang ilmu Pengajian Islam serta bidang-bidang lain yang akan dimuktamadkan untuk tempoh 2 tahun berjumlah RM100,000.00. Selain itu, penajaan dua orang biasiswa pelajar siswazah yang meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku mengikut surat tawaran selama 8 semester berjumlah RM21,842.00, di samping perkongsian kepakaran dan ilmu di bawah Projek Rimba Tarim.
MoU diantara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI2024-03-11T15:42:01+08:00