SEMINAR KEARIFAN NUSANTARA

/SEMINAR KEARIFAN NUSANTARA
SEMINAR KEARIFAN NUSANTARA 2024-03-12T11:08:33+00:00

SEMINAR KEARIFAN NUSANTARA

Background

Islam Nusantara dibangunkan di atas landasan dan acuan kearifan al-Quran dan Sunnah dalam membentuk dasar kehidupan umat Islam dan memberi panduan yang komprehensif dalam mencapai makna kehidupan. Justeru, dalam usaha untuk memartabatkan masyarakat madani nusantara, landasan dan sumber utama tersebut menjadi asas dalam rujukan dan panduan dalam kehidupan. Penghayatan tersebut mencakupi segala aspek pengamalan agama islam, penerapan nilai jati diri, pemupukan nilai estetika dan budaya, pembinaan nilai politik dan perundangan, pembangunan ekonomi serta pembinaan institusi pendidikan. Ianya turut menjadi asas dalam pembentukan masyarakat Madani yang lebih kolektif. Dengan adaptasi dan integrasi landasan kearifan al-Quran dan Sunnah tersebut, maka ianya berupaya mencapai keseimbangan, kesejahteraan, dan peningkatan kualiti kehidupan masyarakat madani nusantara secara total dan holistik. Maka perlaksanaan persidangan ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan para cendekiawan dan ilmuwan bagi membincangkan isu dan polemik seterusnya natijah dan solusi yang dapat digarap dalam usaha memartabatkan masyarakat Madani Nusantara berlandaskan kearifan al-Quran dan Sunnah. Diharapkan dengan
berlangsungnya seminar ini, idea dan pemikiran yang bernas serta penemuanpenemuan yang bermanfaat dapat dijana dan dibincangkan demi memacu masyarakat Madani di nusantara yang dikehendaki oleh ajaran al-Quran dan Sunnah. Ini kerana kehebatan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber dan asas kecemerlangan tamadun Islam sepanjang zaman serta memberi pandangan yang tuntas dalam kehidupan

OBJEKTIF SEMINAR

i. Mengetengahkan kearifan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan dalam memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara.
ii. Mengemukakan solusi Naqli dan Aqli terhadap masalah dan isu-isu semasa yang timbul dalam kelompok Masyarakat Madani Nusantara.
iii. Menyokong penyelidikan, penulisan, dan pengembangan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah untuk memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara.
iv. Mewujudkan wacana ilmiah untuk para penyelidik negara di dalam wilayah Nusantara untuk memperkukuhkan nilai-nilai Islam dan kearifan Al-Quran
dan Sunnah.

Official Website
Full Paper Guideline