Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) mengatur program-program yang terancang bagi memantapkan pembudayaan keusahawanan serta pengukuhan keusahawanan di kalangan para pelajar. Di antara program pembudayaan keusahawanan yang dilaksanakan adalah Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jualan Mingguan Usahawan Siswa (JUS), Program Gerak Usahawan Kampus (PGUK) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Pertandingan Catur Bistari, seminar-seminar keusahawanan, karnival keusahawanan, dan pelbagai aktiviti menarik. Program-program pembudayaan keusahawanan ini diperkukuhkan dengan penyediaan prasarana yang kondusif seperti Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) dan Student Mall di dalam kampus USIM.
Latar Belakang
sdecadmin
2018-01-18T01:21:06+00:00
Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 selari dengan pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pada bulan April 2010. Peranan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) adalah untuk merancang serta melaksana program-program latihan dan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar USIM secara berstruktur.
Matlamat utama PPKS adalah untuk melahirkan usahawan graduan Muslim (graduate muslimpreneurs) dan graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan (entrepreneurial graduates) yang mempunyai ketrampilan tinggi dan berakhlak mulia.
Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) menjadi agen penghubung di antara USIM dengan Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-universiti Malaysia (MAKMUM) di peringkat kebangsaan. Hubungan ini memantapkan usaha-usaha pembangunan keusahawanan siswa di USIM agar selaras dengan pembangunan keusahawanan siswa di universiti-universiti lain bagi menyokong serta merealisasikan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT.