Postgraduate Diploma in Education (Islamic Education)
PROGRAM DETAILS
Programme Code: P201Medium of instructions: Malay
Credit hours: 35
Duration of Studies:
- Full Time: 1-3 semesters
Programme Option: By Coursework
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) yang dahulunya dikenali sebagai Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) telah diluluskan mulai sesi pengajian Januari 2008/2009 semasa di bawah pengurusan USIM. Kelulusan ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Bilangan 9/2007 yang diadakan pada 26 November 2007. Penawaran DPPPI mula diuruskan oleh USIM Tijarah bagi kohort 1, sesi September 2018/2019. Sehingga 2021, seramai 383 pelajar telah berdaftar untuk mengikuti program DPPPI.
Program ini menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk melengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf. Program ini juga ditawarkan khusus untuk membentuk guru yang berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketerampilan dalam pembelajaran dan pengajaran selain melengkapkan mereka dengan kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang syumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara.
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) direkabentuk dan dibangunkan untuk mencapai objektif tersebut:
Pelaksana pendidikan (murabbi) yang berpengetahuan tinggi dengan kemahiran praktikal berupaya menggunakan teknik numerasi lanjutan dan teknologi digital dalam persekitaran pendidikan, khususnya Pendidikan Islam (PLO 1, PLO 2, PLO3)
Pelaksana pendidikan (murabbi) yang mampu memimpin dengan penuh autonomi, mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan pemegang taruh di dalam dan luar organisasi dalam pelbagai persekitaran pendidikan. (PLO 4, PLO 5)
Pelaksana pendidikan (murabbi) yang mendokong dan mengekalkan amalan professional dan etika dalam semua persekitaran pendidikan. (PLO 6)
Pelaksana pendidikan (murabbi) yang bersikap positif, berminda keusahawanan dan beramal lestari dalam meningkatkan kemajuan kerjaya mereka. (PLO 7)
Kelebihan Program DPPPI USIM
· Yuran pengajian kompetitif
· Tempoh pengajian 2 semester termasuk Latihan Mengajar)
· Pensyarah berpengalaman danberkelayakan tinggi
· Program diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - MQA/FA5623
CAREER PROSPECTS
Guru Prasekolah/ Sekolah Rendah/Menengah, Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, Pegawai Institusi Agama Islam, Perekabentuk Kurikulum Pendidikan, Perekabentuk Teknologi Pendidikan, Penyelidik Pendidikan, Pegawai Pentadbiran Pendidikan, Jurulatih/Fasilitator Program Pendidikan, Pengurus Program Pendidikan, Pendakwah dan Penulis.
SEMESTER 1 | ||||
Bil | Kod | Nama kursus | Jam kredit | |
1. | EEA7012 | Falsafah dan Perkembangan Pendidikan | 2 | |
2. | EEA7022 | Aplikasi Psikologi Dalam Pendidikan | 2 | |
3. | EEA7032 | Sekolah Dan Masyarakat | 2 | |
4. | EEA7043 | Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan | 3 | |
5. | EEA7103 | Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah | 3 | |
6. | EEA7063 | Pentaksiran Pembelajaran | 3 | |
7. | EEA7113 | Pedagogi Pendidikan Islam | 3 | |
| Jumlah | 18 |
SEMESTER 2 | ||||
Bil | Kod | Nama kursus | Jam kredit | |
1. | EEA7512 | Pengenalan kepada Bimbingan dan Kaunseling | 2 | |
2. | AAA8003 | Falsafah Sains Islam | 3 | |
3. | EEA7073 | Kajian Tindakan dalam Pendidikan | 3 | |
4. | EEA7583 | Arabiyyah Ittisaliah wa Thaqafiyyah | 3 | |
5. | EZA7016 | Latihan Mengajar | 6 | |
| Jumlah | 17 |
Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang - sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid;
atau
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti;
atau
Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon;
dan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
dan
Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga yang ditetapkan.
Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam atau yang berkaitan dari mana-mana IPTA Tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid;
dan
Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana DUA (2) daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
- Pendidikan Islam
- Tassawur Islam
- Pendidikan Syariah Islamiyyah
- Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu mata pelajaran lain di peringkat SPM;
dan
Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
- Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk program pengajian ini.
- Calon hendaklah menyemak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
JADUAL PEMBAYARAN YURAN DPPPI | ||
SEM 1 | FASA 1 | RM 2750 |
FASA 2 | RM 2500 | |
SEM 2 | FASA 1 | RM 2500 |
FASA 2 | RM 2500 |
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan https://icgs.usim.edu.my .
Manual Permohonan : LINK PDF – https://pdf.ac/27gtc1
Langkah-langkah permohonan :
- Buka akaun
- Log masuk dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Hantar pemohonan
- Bayaran yuran proses : 60.00 MYR
Contact Us
Faculty of Major Language Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6753/6754
Emel: info.fpbu@usim.edu.my/ pej.fpbu@usim.edu.my/ pej.fpbu2@usim.edu.my