Quran dan Sunnah

/Quran dan Sunnah
Quran dan Sunnah 2018-09-18T21:13:47+00:00

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Dengan Kepujian

OBJEKTIF

1. Melahirkan siswazah yang berkemampuan memahami dan mengambil hukum dari sumbernya yang asal iaitu Quran dan Sunnah.

2. Mengeluarkan siswazah yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam di bidang akidah, syariah dan akhlak berdasarkan Quran dan Sunnah, di samping memahami perkembangan pemikiran semasa.

3. Melahirkan tenaga manusia yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna dalam masyarakat terutama dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah sebagai guru, penyelidik, pegawai dan sebagainya.

KOMPONEN PROGRAM

1. Untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah (Dengan Kepujian) pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 130 unit atau 4 tahun (8 semester) pengajian sepenuh masa. Pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus mengikut keperluan, peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh USIM dan Fakulti.

2. Struktur program ini umumnya, terbahagi kepada empat bahagian, iaitu komponen kursus Wajib Universiti (WU), komponen kursus wajib Fakulti (WF), komponen kursus Wajib Program (WP) dan komponen kursus Elektif Program (EP). Perincian kepada komponen program ini akan bergantung kepada jenis program masing-masing.

3. Justifikasi komponen program: Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah (Dengan Kepujian) merupakan satu program yang merangkumi semua aspek pengajian Quran & Sunnah dan bidang yang berkait rapat dengan bidang pengajian Islam, kemahiran bahasa, teknologi komunikasi maklumat dan asas kaedah penyelidikan. Komponen program ini disusun untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam yang amat mengharapkan graduan-graduan yang dapat menguasai bidang Quran, Sunnah dan aplikasi moden.

SYARAT KEMASUKAN

Calon-calon yang memohon mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:

1. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan lain yang setaraf dengannya, serta lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab Tinggi serta mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran iaitu:

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiyyah
  • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah

Serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat tersebut: DAN

2. Memiliki mana-mana kelayakan berikut:

2.1 Memiliki STPM dan lulus penuh (sekurang-kurangnya Gred E) dalam mata pelajaran berikut:

  • Pengajian Am/Kertas Am, ATAU

2.2 Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang baik, sekurang-kurangnya di peringkat Jayyid; ATAU

2.3 Mempunyai Diploma dalam bidang yang sesuai dengan kursus yang dipohon (Sertakan transkrip akademik daripada semester 1 hingga semester akhir); ATAU

2.4 Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti, SERTA

3. Telah memenuhi keperluan MUET

4. Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.