FPQS : USIM

BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR

Linggi, Melaka, 17hb Sep 17, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Pelajar di KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka pada 17-19hb September 2017. Bengkel ini disertai oleh pimpinan pelajar Persatuan Mahasiswa FPQS yang baru dipilih seramai 39 orang. Antara objektif program ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar  dan memberi input-input yang berguna  berkaitan dengan pengendalian organisasi kepada mereka. Program ini melibatkan pensyarah-pensyarah FPQS sebagai Fasilitator yang diketuai oleh Dr Khairul Nizam dan staf-staf FPQS. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar & Pengurusan Prestasi) DR. ROBIATUL ADAWIYAH MOHD@AMAT.

    

 

Pengembaraan USIM GISO 2017 Ke Guangzhou, China

Guangzhou, China, 22 OGOS – Seramai 27 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun Tiga, Pengajian Quran dan Sunnah, FPQS, USIM termasuk 3 orang pelajar Darul Quran telah menjayakan misi GISO ke Hong Kong-Guangzhou yang bertemakan Travelogue Rahmah For Ummah To Guangzhou, China. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 22 ogos sehingga 26 ogos 2017 yang diketuai oleh saudara Muhammad Izzuddin bin Ikhsan dan diiringi oleh pensyarah FPQS, Ustaz Ahmad Kamel bin Mohamed. Banyak aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang seperti program pembersihan surau, bantuan makanan kepada gelandangan, pengagihan “Traveller Kit” dan lain-lain. 

    

 

Program di Masjid KowLoon, Hong Kong & Program di Masjid Saad B. Abi Waqqas, Guangzhou           

SYARAHAN SARJANA PELAWAT

Nilai, 10 Ogos 2017, Syarahan Sarjana Pelawat telah diadakan di DKU FPQS yang disampaikan oleh Pendakwah terkenal dari Arab Saudi al-Syeikh Dr Aidh al-Qarni, pengarang buku Best Seller " La Tahzan". Kehadiran beliau ke Bumi Nilai ini memberi peluang yang amat bermakna kepada warga USIM mendengar amanat dan nasehat yang disampaikan.

 

 

 

 

PROGRAM MOBILITI INBOUND FPQS USIM - PSU THAILAND

Lawatan Pelajar dari Prince of Songkla University(PSU) ke USIM telah memberi peluang kepada Pelajar FPQS, USIM mengadakan Program Mobiliti Inbound bersama dengan Pelajar PSU. Pelbagai program dan aktiviti dijalankan secara bersama sepanjang seminggu keberadaan mereka di Bumi Nilai bermula dari 17-24hb April 2017. Antara aktiviti yang diikuti oleh mereka ialah Bengkel Asas Braille, Ijazah Sanad al-Fatehah, Mendaki Bukit Melati bersama Naib Canselor USIM dan akhir sekali Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur. 

Perasmian SWAN2016

Seminar Warisan Nabawi 2016 (SWAN2016) peringkat antarabangsa telah berjaya dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah secara bersama dengan Kolej Universiti Islam Perlis dan Universiti Fatoni, Thailand pada 3hb. hingga 4hb. Oktober lepas. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Universiti Fatoni telah bersedia menjadi tuan rumah bagi seminar SWAN 2016 kali ke 5 ini. Sebanyak 72 kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama para peserta.

 Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6705/6706, Faks: +606-798 6709, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.