News

/News

LAWATAN AUDIT MQA UNTUK PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENUH DI FPQS

LAWATAN AUDIT MQA UNTUK PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENUH DI FPQS

Nilai, 7 Mac 18, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah telah menerima kunjungan lawatan Audit MQA yang bertujuan untuk membuat penilaian bagi pengiktirafan penuh Ijazah Sarjana Muda yang dijalankan di FPQS. Selama 2 hari iaitu 2-6hb Mac, proses penilaian dijalankan oleh Auditor-Auditor dari MQA di bangunan Fakulti dengan mengadakan perjumpaan dan temubual bersama pengurusan Fakulti yang diketuai oleh Y. Bhg Prof Madya Dr. Adnan Mohamad Yusoff dan pentadbir-pentadbir Fakulti. Para Auditor juga melawat kemudahan dan fasiliti yang ada termasuk melawat kelas-kelas yang sedang berjalan. Semoga lawatan dari MQA ini membuahkan hasil yang positif iaitu dengan mendapat pengiktirafan penuh.

Y. Bhg Dekan dan Pengurusan FPQS bersama para Auditor MQA

Alumni FPQS yang memberi kerjasama untuk pertemuan dengan MQA

LAWATAN AUDIT MQA UNTUK PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENUH DI FPQS2018-12-26T13:31:00+08:00

BIM Ibadah: Menang pingat emas dan Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum Yayasan FAQEH

NILAI: Kekurangan terminologi Islam dalam bahasa isyarat menimbulkan kesedaran kepada pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membangunkan bahasa isyarat baharu untuk keperluan Ibadah untuk orang kelainan upaya (OKU) Pekak Muslim.

Produk inovasi ini merupakan hasil daripada geran kerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) yang diketuai oleh Dr. Nurul Asiah Fasehah binti Muhamad. Pembangunan BIM Ibadah ini dibangunkan hasil garapan idea dan ilmu oleh profesional agamawan, gabungan badan pertubuhan OKU Pekak seperti Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA), Persatuan Orang Pekak Malaysia (PRISMA), Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM) dan Persatuan Orang Pekak Selangor (POPS) serta jurubahasa isyarat.

Produk ini juga sudah dilancarkan pada 3 Mac 2018 semperna Majlis Pra Pelancaran dan Aspresiasi yang bertempat di Lounge Eksekutif di Canselori USIM oleh Prof Madya Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff.

Hasil demografi yang dijalankan BIM Ibadah didapati berkesan dan telah berjaya menarik minat orang pekak dan persatuan orang pekak kerana ia sangat membantu dalam mempelajari terminologi Ibadah yang tidak mempunyai bahasa isyarat sebelum ini dan secara tidak langsung menambah kosa kata terminologi agama dalam kehidupan seharian mereka.

Sempena Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA) 2018 yang telah berlangsung pada 10-11 Mac 2018, produk ini telah dipertandingkan dan berjaya meraih pingat emas dan juga dianugerahkan Anugerah Ibnu Ummi Maktum Yayasan FAQEH.

Puan Sariah Ibrahim, selaku Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) berkata walaupun pembangunan BIM Ibadah agak mencabar namun usaha ini merupakan usaha yang murni dalam membantu golongan OKU Pekak Muslim untuk memahami terminologi Islam dan mengharapkan usaha ini dapat diteruskan lagi dengan menerokai bidang agama yang lain.

PENYELIDIK USIM dan NESDA  di ruang pameran BIM Ibadah sempena i-INOVA 18.

BIM Ibadah: Menang pingat emas dan Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum Yayasan FAQEH2018-12-26T13:28:14+08:00

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR ZULAILI

Pihak Fakulti Pengajian Quran & Sunnah mengucapkan JUTAAN TAHNIAH kepada Y.Bhg Dr Zulaili Ghazali, Ketua Program Sunnah dan Pengurusan Maklumat FPQS USIM yang dijemput sebagai Pembentang (NARASUMBER) di KULIAH TAMU ILMU HADIS di Fakultas Ushuluddin, Adab & Dakwah AIAN Bukit Tinggi, Indonesia pada 25hb April yang lalu. Program tersebut dihadiri oleh para peserta yang terdiri dari ahli-ahli akademik AIAN Bukit Tinggi yang bertujuan untuk mendapat input-input dari pihak FPQS USIM berkenaan sistem pengajian yang dijalankan disamping bertukar-tukar maklumat untuk kepentingan dan kemajuan kedua belah pihak.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR ZULAILI2018-12-26T13:27:43+08:00

PROGRAM MOBILITI INBOUND FPQS USIM, USIM ALAMIYAH & PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAND

Nilai, 25hb April 2018; Pada tahun ini sekali lagi program Lawatan Mahasiswa/wi dari Prince of Songkla University(PSU), Thailand ke FPQS, USIM telah memberi peluang kepada Pelajar FPQS, USIM mengadakan Program Mobiliti Inbound bersama.

Seramai 50 orang mahasiswa/wi dari PSU menyertai Program Lawatan ini dan 23 orang mahasiswa/wi FPQS yang turut serta dalam program Inbound. Pelbagai program dan aktiviti dijalankan secara bersama sepanjang seminggu keberadaan mereka di Bumi Nilai bermula dari 18-25hb April 2018. Antara aktiviti yang diikuti oleh mereka ialah Bengkel Asas Braille, Bengkel Maktabah Syamilah dan Jawami’ al-Kalim, Program Outdoor di Tadom Hill dan juga Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

PROGRAM MOBILITI INBOUND FPQS USIM, USIM ALAMIYAH & PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAND2018-12-26T13:26:36+08:00

Majlis Iftar dan Tadarus Perdana FPQS 2018

Majlis Iftar dan Tadarus Perdana FPQS telah dilansungkan pada 22hb Mei 2008 di Dewan Kuliah Utama FPQS. Para peserta yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa/i FPQS telah berjaya mengkhatamkan Quran sebayak 2 kali pada majlis tersebut.

Majlis Iftar dan Tadarus Perdana FPQS 20182018-12-26T13:26:02+08:00

THE 6TH INTERNATIONAL PROPHETIC HERITAGE CONFERNCE 2018

Turki, 2 Oktober 2018 – Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah (FPQS) dengan kerjasama International University for Renewal (IUR) telah berjaya menganjurkan Seminar Warisan Nabawi (SWAN) Peringkat Antarabangsa kali ke 6 yang diadalakan pada 2-3 Oktober 2018  Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, raja muda Perlis telah berkenan untuk merasmikan seminar yang berlangsung di perkarangan universiti tersebut di Esenyurt, Istanbul.

Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Naib Cancelor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Mufti Perlis Dato’ Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin dan Bekas penasihat perdana Menteri Turki Dr. Umar Faroq.

THE 6TH INTERNATIONAL PROPHETIC HERITAGE CONFERNCE 20182018-12-26T13:25:04+08:00

BENGKEL PEMANTAPAN HAFAZAN AL-QURAN FPQS 2018.

Bengkel ini diadakan pada 16-18 hb Nov 2018 di al-Sakinah Eco Resort, Janda Baik. Seramai 35 orang pelajar  menyertai bengkel ini diselia oleh 6 orang fasilitator yang terdiri dari pensyarah FPQS. Antara objektif Bengkel ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik hafazan yang terbaik bagi memudahkan mereka mengikuti kursus hafazan.

BENGKEL PEMANTAPAN HAFAZAN AL-QURAN FPQS 2018.2018-12-26T13:24:39+08:00

BENGKEL SANGGAR KERJA & MAJLIS APREASASI FPQS 2018

Pada 23-25hb Disember 2018 Fakulti Pengajian Quran & Sunnah telah berjaya mengadakan Bengkel Sanggar Kerja & Majlis Apreasasi bertempat di Avillion Admirral Cove, Port Dickson. Bengkel ini juga disertakan sekali dengan Hari Keluarga Fakulti. Semua staf yang hadir samada staf akademik atau pentadbiran telah membawa keluarga masing-masing bagi memeriahkan program terakhir fakulti bagi tahun 2018.

BENGKEL SANGGAR KERJA & MAJLIS APREASASI FPQS 20182018-12-26T13:23:50+08:00