News

/News

THE 6TH INTERNATIONAL PROPHETIC HERITAGE CONFERNCE 2018

Turki, 2 Oktober 2018 – Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah (FPQS) dengan kerjasama International University for Renewal (IUR) telah berjaya menganjurkan Seminar Warisan Nabawi (SWAN) Peringkat Antarabangsa kali ke 6 yang diadalakan pada 2-3 Oktober 2018  Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, raja muda Perlis telah berkenan untuk merasmikan seminar yang berlangsung di perkarangan universiti tersebut di Esenyurt, Istanbul.

Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Naib Cancelor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Mufti Perlis Dato’ Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin dan Bekas penasihat perdana Menteri Turki Dr. Umar Faroq.

THE 6TH INTERNATIONAL PROPHETIC HERITAGE CONFERNCE 20182018-12-21T14:23:31+08:00

PROGRAM MOBILITI INBOUND FPQS USIM, USIM ALAMIYAH & PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAND

Nilai, 25hb April 2018; Pada tahun ini sekali lagi program Lawatan Mahasiswa/wi dari Prince of Songkla University(PSU), Thailand ke FPQS, USIM telah memberi peluang kepada Pelajar FPQS, USIM mengadakan Program Mobiliti Inbound bersama.

Seramai 50 orang mahasiswa/wi dari PSU menyertai Program Lawatan ini dan 23 orang mahasiswa/wi FPQS yang turut serta dalam program Inbound. Pelbagai program dan aktiviti dijalankan secara bersama sepanjang seminggu keberadaan mereka di Bumi Nilai bermula dari 18-25hb April 2018. Antara aktiviti yang diikuti oleh mereka ialah Bengkel Asas Braille, Bengkel Maktabah Syamilah dan Jawami’ al-Kalim, Program Outdoor di Tadom Hill dan juga Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

PROGRAM MOBILITI INBOUND FPQS USIM, USIM ALAMIYAH & PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAND2018-12-11T08:37:12+08:00

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR ZULAILI

Pihak Fakulti Pengajian Quran & Sunnah mengucapkan JUTAAN TAHNIAH kepada Y.Bhg Dr Zulaili Ghazali, Ketua Program Sunnah dan Pengurusan Maklumat FPQS USIM yang dijemput sebagai Pembentang (NARASUMBER) di KULIAH TAMU ILMU HADIS di Fakultas Ushuluddin, Adab & Dakwah AIAN Bukit Tinggi, Indonesia pada 25hb April yang lalu. Program tersebut dihadiri oleh para peserta yang terdiri dari ahli-ahli akademik AIAN Bukit Tinggi yang bertujuan untuk mendapat input-input dari pihak FPQS USIM berkenaan sistem pengajian yang dijalankan disamping bertukar-tukar maklumat untuk kepentingan dan kemajuan kedua belah pihak.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR ZULAILI2021-04-18T13:08:25+08:00

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M

6 April, Putrajaya; Tiga orang peserta dari Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM telah menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP) yang bermula dari 1-6hb April 2018. Alhamdulillah ketiga-tiga peserta yang terdiri dari pensyarah Dr Anuar Hasin yang mewakili negeri Perak telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Tilawah al-Quran Lelaki. Manakala dua orang lagi adalah mahasiswa Program Pengajian Quran & Sunnah iaitu saudara Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar, dari FPQS USIM Darul Quran yang mendapat tempat pertama ataupun Johan kategori hafazan 1-30 Juzu’ dan saudara Ahmad Rayyan Bin Sheikhudin, mahasiswa Program Pengajian Quran & Sunnah USIM mendapat tempat Kedua kategori menghafaz Quran 1-30 Juzu’. Tahniah diucapkan kepada mereka semua yang mana turut mengharumkan nama Fakulti dan Universiti. Tidak lupa juga penghargaan dan tahniah kepada Prof Madya Dr Khairul Anuar Mohamad al-Bakri, pensyarah di FPQS USIM merangkap Pengarah Pusat Islam USIM yang menjadi salah seorang juri hakim pada Majlis tersebut.

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M2018-12-11T14:47:59+08:00

BIM Ibadah: Menang pingat emas dan Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum Yayasan FAQEH

NILAI: Kekurangan terminologi Islam dalam bahasa isyarat menimbulkan kesedaran kepada pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membangunkan bahasa isyarat baharu untuk keperluan Ibadah untuk orang kelainan upaya (OKU) Pekak Muslim.

Produk inovasi ini merupakan hasil daripada geran kerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) yang diketuai oleh Dr. Nurul Asiah Fasehah binti Muhamad. Pembangunan BIM Ibadah ini dibangunkan hasil garapan idea dan ilmu oleh profesional agamawan, gabungan badan pertubuhan OKU Pekak seperti Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA), Persatuan Orang Pekak Malaysia (PRISMA), Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM) dan Persatuan Orang Pekak Selangor (POPS) serta jurubahasa isyarat.

Produk ini juga sudah dilancarkan pada 3 Mac 2018 semperna Majlis Pra Pelancaran dan Aspresiasi yang bertempat di Lounge Eksekutif di Canselori USIM oleh Prof Madya Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff.

Hasil demografi yang dijalankan BIM Ibadah didapati berkesan dan telah berjaya menarik minat orang pekak dan persatuan orang pekak kerana ia sangat membantu dalam mempelajari terminologi Ibadah yang tidak mempunyai bahasa isyarat sebelum ini dan secara tidak langsung menambah kosa kata terminologi agama dalam kehidupan seharian mereka.

Sempena Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA) 2018 yang telah berlangsung pada 10-11 Mac 2018, produk ini telah dipertandingkan dan berjaya meraih pingat emas dan juga dianugerahkan Anugerah Ibnu Ummi Maktum Yayasan FAQEH.

Puan Sariah Ibrahim, selaku Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) berkata walaupun pembangunan BIM Ibadah agak mencabar namun usaha ini merupakan usaha yang murni dalam membantu golongan OKU Pekak Muslim untuk memahami terminologi Islam dan mengharapkan usaha ini dapat diteruskan lagi dengan menerokai bidang agama yang lain.

PENYELIDIK USIM dan NESDA  di ruang pameran BIM Ibadah sempena i-INOVA 18.

BIM Ibadah: Menang pingat emas dan Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum Yayasan FAQEH2018-11-22T16:33:35+08:00

LAWATAN AUDIT MQA UNTUK PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENUH DI FPQS

LAWATAN AUDIT MQA UNTUK PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENUH DI FPQS

Nilai, 7 Mac 18, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah telah menerima kunjungan lawatan Audit MQA yang bertujuan untuk membuat penilaian bagi pengiktirafan penuh Ijazah Sarjana Muda yang dijalankan di FPQS. Selama 2 hari iaitu 2-6hb Mac, proses penilaian dijalankan oleh Auditor-Auditor dari MQA di bangunan Fakulti dengan mengadakan perjumpaan dan temubual bersama pengurusan Fakulti yang diketuai oleh Y. Bhg Prof Madya Dr. Adnan Mohamad Yusoff dan pentadbir-pentadbir Fakulti. Para Auditor juga melawat kemudahan dan fasiliti yang ada termasuk melawat kelas-kelas yang sedang berjalan. Semoga lawatan dari MQA ini membuahkan hasil yang positif iaitu dengan mendapat pengiktirafan penuh.

Y. Bhg Dekan dan Pengurusan FPQS bersama para Auditor MQA

Alumni FPQS yang memberi kerjasama untuk pertemuan dengan MQA

LAWATAN AUDIT MQA UNTUK PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENUH DI FPQS2018-11-22T16:29:36+08:00

JUARA TILAWAH AL-QURAN PERAK 2018

JUARA TILAWAH AL-QURAN PERAK 2018

23HB Feb 18

Tahniah diucapkan kepada Dr Anuar Hasin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM yang muncul sebagai johan qari dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak 2018. Beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM 7500 berserta plak, sijil, hadiah iringan dan pakej haji bernilai RM10,000 yang disampaikan sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

JUARA TILAWAH AL-QURAN PERAK 20182018-11-22T14:50:23+08:00

KEMBARA AMAL JALINAN INSANIAH (KAJI) MEDAN, INDONESIA

KEMBARA AMAL JALINAN INSANIAH (KAJI) MEDAN, INDONESIA

(27 – 31 JANUARI 2018)

Medan Indonesia, 31 Januari 2018, Seramai 34 Mahasiswa Program Quran & Sunnah tahun 4 USIM diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Ustaz Ahmad Kamel Mohamed, Pensyarah di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah telah mengadakan program GISO Kembara Amal Jalinan Insaniah (KAJI) ke Medan, Indonesia. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 27hb Januari hingga 31hb Januari 2018. Beberapa aktiviti Kemanusiaan telah berjaya diadakan iaitu lawatan di Pusat Penjagaan Anak Yatim dan Pusat Perlindungan Mangsa Gunung Berapi Cinabong. Rombongan juga dibawa melawat ke Universiti Islam Negeri Sumatera Utara(UINSU), Medan dan mengadakan sesi taaruf dan bertukar pandangan dengan pihak pengurusan Universiti yang turut dihadiri oleh Timbalan Rektor dan Dekan-dekan Fakulti.

KEMBARA AMAL JALINAN INSANIAH (KAJI) MEDAN, INDONESIA2018-11-22T14:46:02+08:00