Ucapan Tahniah

//Ucapan Tahniah

TAHNIAH

SEKALUNG TAHNIAH diucapkan kepada Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan kerana berjaya merangkul Naib Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Antarabangsa ke 62.
TAHNIAH2022-10-28T10:36:55+08:00

PROGRAM WACANA HADIS BERSAMA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

PROGRAM WACANA HADIS USIM- KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
20 September 2022 | 23 Safar 1444H (Selasa)
Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program Wacana Hadis yang bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS.
.
Seramai 2 wakil  FPQS yang memberi taklimat dalam proram  wacana ini iaitu Prof Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin dan Dr. Zulhilmi Mohamed Nor.  Di akhir program ini terdapat pelbagai pameran barangan yang telah dirampas oleh pihak KDN yang menggambarkan ketidakhormatan terhadap ayat-ayat al-Quran dan HAdis. Program ini diakhiri dengan ucapan Timbalan Dekan Inovasi dan Penyelidikan FPQS iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi. Majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi dan diakhiri pada pukul 12.00 tengah hari.
PROGRAM WACANA HADIS BERSAMA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 20222022-09-22T10:54:16+08:00

LAWATAN KE MASJID PUTRA PUTRAJAYA 2022

LAWATAN MAHABBAH DAN PERBINCANGAN PROGRAM USAHASAMA SPQS, USIM- MASJID PUTRA
19 September 2022 | 22 Safar 1444H (Isnin)
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program Lawatan Mahabbah ke Masjid Putra, Putrajaya.
.
Delegasi FPQS seramai lima orang yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin, Dekan Fakulti, telah disambut oleh YBrs. Tuan Hj. Salahuddin bin Hj. Ghozali, Imam Besar Masjid Putra bersama barisan pengurusan masjid.
.
Kunjungan mahabbah ini diadakan bertujuan memperkukuhkan hubungan antara dua institusi yang memainkan peranan besar dalam usaha dakwah dan penyebaran ilmu serta melihat peluang kerjasama yang boleh dilakukan dalam menyebarluaskan Quran dan sunnah kepada ummah.
.
Antara topik perbincangan bentuk kerjasama yang boleh direncanakan kelak ialah penawaran Sijil Pengajian Quran dan Sunnah (SPQS), usahasama penubuhan galeri berteraskan Quran, Sunnah dan Sains, penganjuran seminar, program kemasyarakatan dan kesukarelawanan di kalangan pelajar USIM.
LAWATAN KE MASJID PUTRA PUTRAJAYA 20222022-09-22T10:40:35+08:00

KUNJUNGAN HORMAT FPQS KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI SEMBILAN (JHEAINS) 2022

Kunjungan hormat FPQS USIM ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan JHEAINS pada 18 Julai 2022. Lawatan pintar ini bagi membincangkan kerjasama dan perhubungan pintar dalam pengurusan dan pelupusan Al Quran yang rosak akibat banjir. Jutaan terima kasih pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan “Official” kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.
KUNJUNGAN HORMAT FPQS KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI SEMBILAN (JHEAINS) 20222022-07-28T10:21:05+08:00