LAWATAN KE MASJID PUTRA PUTRAJAYA 2022

///LAWATAN KE MASJID PUTRA PUTRAJAYA 2022
LAWATAN MAHABBAH DAN PERBINCANGAN PROGRAM USAHASAMA SPQS, USIM- MASJID PUTRA
19 September 2022 | 22 Safar 1444H (Isnin)
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program Lawatan Mahabbah ke Masjid Putra, Putrajaya.
.
Delegasi FPQS seramai lima orang yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin, Dekan Fakulti, telah disambut oleh YBrs. Tuan Hj. Salahuddin bin Hj. Ghozali, Imam Besar Masjid Putra bersama barisan pengurusan masjid.
.
Kunjungan mahabbah ini diadakan bertujuan memperkukuhkan hubungan antara dua institusi yang memainkan peranan besar dalam usaha dakwah dan penyebaran ilmu serta melihat peluang kerjasama yang boleh dilakukan dalam menyebarluaskan Quran dan sunnah kepada ummah.
.
Antara topik perbincangan bentuk kerjasama yang boleh direncanakan kelak ialah penawaran Sijil Pengajian Quran dan Sunnah (SPQS), usahasama penubuhan galeri berteraskan Quran, Sunnah dan Sains, penganjuran seminar, program kemasyarakatan dan kesukarelawanan di kalangan pelajar USIM.
2022-09-22T10:40:35+00:00