4hb Disember 2019, telah diadakan Majlis Apreasasi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FPQS sempena perpindahan Puan Siti Maizatul Akmar Ismail ke Bahagian Pengurusan Akademik setelah hampir 9 tahun di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah sebagai Penolong Pendaftar. Majlis telah dihadiri oleh sebahagian besar ahli Fakulti di kalangan staf akademik dan pentadbiran. Pihak Fakulti mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan yang diberikan. Selamat Maju Jaya di tempat baru dan teruskan kecemerlangan.