Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) antara Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) pada 18 Ogos 2026.
.
Majlis ini turut disulami dengan sesi perbincangan strategik berhubung penganjuran Konvensyen MyHadithTime 2026 yang bakal menelusuri keindahan dan kefahaman sunnah secara lebih mendalam buat masyarakat.
.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan integrasi Naqli dan Aqli, seterusnya memacu pemerkasaan dakwah serta keilmuan Al-Quran dan As-Sunnah di peringkat tempatan mahupun global.
.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini!