Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM berbesar hati menerima kunjungan 7 orang peserta ILICP dari Ahli Jawatankuasa Masjid Muhammad, Washington, USA pada 12 Ogos 2026.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai ekosistem pembelajaran integrasi ilmu Naqli dan Aqli, kemudahan, inovasi pengajaran, serta amalan terbaik di USIM.
.
Peserta melawat Makmal Hadis, Makmal Tarannum, Makmal Quran Braille, Makmal Quran Isyarat dan fasiliti lain di FPQS serta diberi penerangan khas oleh barisan Pensyarah FPQS.