Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah atas keputusan lulus dengan pembetulan selepas pembentangan Viva Voce pada 09/09/2026 (Rabu) jam 2.30 petang di Learning Space, Bahagian Pengurusan Siswazah, USIM.
Nama Calon: Mohammad Azami Mohammad Nawawi (3231253)
Tajuk Tesis: Penstrukturan Semula Elemen Dabt Dalam Penulisan Mashaf Al-Qur’an Braille Riwayat Qalun
Penyelia Utama: Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi
Penyelia Bersama: Dr. Abdul Muhaimin Ahmad
Pengerusi: Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad
Panel Pemeriksa Dalam: PM. Dr. Noornajihan Jaafar
Panel Pemeriksa Luar : Prof. Madya Dr. Sedek Ariffin (UM)
Syabas dan selamat maju jaya! Seluruh warga fakulti mendoakan agar kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti kepada agama, bangsa, dan negara melalui bidang ilmu berteraskan Naqli dan Aqli.
“Berilmu, Berdisiplin Dan Bertakwa”