Pada hari Isnin 24 Ogos 2026, barisan pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) telah menghadiri Bengkel & Wacana Penyeliaan Pascasiswazah USIM anjuran Bahagian Pengurusan Siswazah (BPS) yang berlangsung di Galeri Canselori, USIM bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kehadiran delegasi ahli akademik FPQS khususnya para pensyarah baharu dan pensyarah yang sedang bersedia untuk kenaikan pangkat adalah sebagai komitmen berterusan fakulti dalam memperkasakan mutu penyeliaan pelajar Ijazah Sarjana (Master’s) dan Ijazah Kedoktoran (PhD).
Antara pengisian menarik sepanjang bengkel penuh ilmu ini termasuklah:
Melalui bengkel berimpak tinggi yang selari dengan piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ini, semoga barisan pensyarah FPQS terus bersemangat membimbing para penyelidik pascasiswazah demi memartabatkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.