webmaster

/webmaster

About webmaster

This author has not yet filled in any details.
So far webmaster has created 102 blog entries.

MAJLIS APREASASI PUAN MAIZATUL AKMAL

4hb Disember 2019, telah diadakan Majlis Apreasasi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FPQS sempena perpindahan Puan Siti Maizatul Akmar Ismail ke Bahagian Pengurusan Akademik setelah hampir 9 tahun di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah sebagai Penolong Pendaftar. Majlis telah dihadiri oleh sebahagian besar ahli Fakulti di kalangan staf akademik dan pentadbiran. Pihak Fakulti mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan yang diberikan. Selamat Maju Jaya di tempat baru dan teruskan kecemerlangan.

 

MAJLIS APREASASI PUAN MAIZATUL AKMAL2020-01-20T13:47:05+08:00

PROGRAM JOM JELAJAH KEJIRANAN CEMPAKA

24hb November 2019, Ahad, telah berlangsung Program Jom Jelajah Kejiranan Cempaka yang dianjurkan oleh para mahasiswa FPQS di Surau Ar-Rahmah Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan. Program bertujuan untuk mendedahkan aktiviti sukarelawan kemasyarakatan dan membina perpaduan antara mahasiswa dengan masyarakat. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang separuh hari di situ antaranya Kem Smart Solat yang disertai oleh anak-anak qariah Desa Cempaka, gotong royong bersama penduduk dan explorace. kerjasama baik diberikan oleh pihak jawatan kuasa Surau.

 

PROGRAM JOM JELAJAH KEJIRANAN CEMPAKA2019-12-31T11:25:43+08:00

PROGRAM JOM JELAJAH NEGERI SEMBILAN & BAKTI SISWA DI MASJID KARIAH KG KUNDUR TENGAH MUKIM PEDAS, DAERAH REMBAU

Pada 9hb November 2019 , telah berlangsung dengan jayanya Program Jom Jelajah Daerah Rembau, N.sembilan yang diadakan di kampung Kundur Tengah, Pedas. Program ini dianjurkan oleh mahasiswa FPQS USIM dengan kerjasama pihak Pengurusan  Masjid Kundur dan penyertaan mahasiswa UITM Rembau. Banyak acara yang telah diadakan sepanjang satu hari program ini antaranya dimulakan awal pagi dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Y. Bhg Dr. Amiruddin Mohd Sobali, pensyarah FPQS, program pemeriksaan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama Pusat Derma Darah Hospital Tunku JaafarSeremban, gotong royong pembersihan rumah di beberapa rumah terpilih, lukisan mural khat oleh pelajar QS di dinding masjid Kundur Tengah dan gotong royong memasak ramai-ramai untuk makan tengahari dan malam. Ada juga program untuk kanak-kanak iaitu pertandingan melukis dan kuiz dengan kerjasama pihak SK Kampung Kundur. Acara kemuncaknya ialah Majlis Ceramah Perdana Sempena Maulidurrasul yang disampaikan oleh Y.Bhg Dr. Muhammad Arif Musa, pensyarah dan Ketua Program Quran dengan Multimedia (QM) FPQS USIM yang dihadiri oleh penduduk kampung serta mahasiswa-mahasiswi dari USIM, UITM dan mahasiswa dari Kolej Kemahiran tinggi Mara Rembau.

 

PROGRAM JOM JELAJAH NEGERI SEMBILAN & BAKTI SISWA DI MASJID KARIAH KG KUNDUR TENGAH MUKIM PEDAS, DAERAH REMBAU2020-01-20T13:55:29+08:00

BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR PMFPQS 2019-2020

Pihak pengurusan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah (FPQS) di bawah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Y. Bhg Dr Ahmad Kamel Mohamed, telah berjaya menganjurkan Bengkel Kepimpinan & Pengurusan Organisasi untuk pimpinan pelajar Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah (PMFPQS) sesi 2019-2020  pada 1-3 hb November 2019 di D’Qnut Resort,  Kuala Linggi, Melaka.  Seramai 40 orang pimpinan mahasiswa yang menjadi peserta dalam bengkel ini dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri dari pensyarah-pensyarah FPQS iaitu Dr. Zulhilmi Mohamed Nor, KP SPM, Dr. Muhammad Arif Musa, KP QM, Dr Zainora Daud, KP Qiraat dan Dr. Amiruddin Mohd Sobali, Penyelaras Latihan Industri dan Jalinan Komuniti yang diketuai oleh Y.Bhg Prof Madya dr. Mohd Zohdi Mohd Amin, Timbalan Dekan Akademik FPQS.

 

BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR PMFPQS 2019-20202019-12-05T14:43:21+08:00

Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) 2019, FPQS USIM

Telah berlangsung dengan jayanya Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) Peringkat Antarabangsa 2019 FPQS  dengan Majlis Perasmiannya  disempurnakan oleh Y. Bhg Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM di Dewan Kuliah Utama FPQS pada 8hb Oktober 2019. Lebih 100 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang dua hari seminar berlangsung yang dihadiri oleh pembentang dari dalam dan luar negara. Seminar adalah anjuran bersama FPQS dengan Pusat Zakat USIM dan Siraj Centre For Research And Studies yang berpengkalan di Morocco.

 

Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) 2019, FPQS USIM2019-12-05T12:01:31+08:00

Bengkel Perancangan Strategik dan Semakan KPI

 

Pada 20-21 Ogos 2019, telah diadakan satu bengkel khas bagi Perancangan Strategik dan Semakan Pencapaian KPI bagi separa tahun 2019. Bengkel tersebut yang melibatkan semua pensyarah di Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah diadakan di Avani Goldcoast, Sepang.

Kata-kata aluan Dekan FPQS

 

 

Aktiviti Berkumpulan

 

Bengkel Perancangan Strategik dan Semakan KPI2019-09-17T16:00:19+08:00

Lawatan Kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan

 

Pada 15 Julai 2019, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan telah melakukan lawatan kerjasama ke Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malayisa (USIM).

 

 

Lawatan ke Makmal Braille, FPQS

Lawatan Kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan2019-09-17T16:03:35+08:00

LAWATAN PELAJAR DARIPADA ISLAMIC INTEGRATED INSAN CENDEKIA SCHOOL PAYAKUMBUH (ICBS PAYAKUMBUH), SUMATERA BARAT, INDONESIA

11 Mac 2019, Nilai; Seramai lebih kurang 90 orang pelajar diiringi 3 orang pegawai pengiring yang terdiri di kalangan guru dari pusat pendidikan Islamic Integrated Insan Cendekia School Payakumbuh(ICBS), Indonesia telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM. Kedatangan mereka telah disambut oleh Timbalan Dekan HEPA FPQS, Dr Ahmad Kamel Mohamed bersama AJK PMFPQS. Satu sesi Taklimat kepada peserta rombongan telah disampaikan oleh Y.Bhg Timbalan Dekan HEPA di Dewan Kuliah Utama FPQS.

LAWATAN PELAJAR DARIPADA ISLAMIC INTEGRATED INSAN CENDEKIA SCHOOL PAYAKUMBUH (ICBS PAYAKUMBUH), SUMATERA BARAT, INDONESIA2019-03-28T11:38:55+08:00