About webmaster
This author has not yet filled in any details.So far webmaster has created 102 blog entries.
Seminar Wahyu Asas Tamadun SWAT 2021
PANGGILAN KERTAS KERJA PENUH!📣
SEMINAR WAHYU ASAS TAMADUN KALI KE-7 (SWAT 2021)
……………………………………………….
Assalāmu’alaykum Wrt Wbt.,
Sukacitanya Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM dengan kolaborasi Institut Agama Islam Negeri Kudus (IAIN Kudus) ingin menjemput para ahli akademik, ahli penyelidik & pelajar-pelajar siswazah ke SEMINAR WAHYU ASAS TAMADUN KALI KE-7 (SWAT 2021) yang akan berlangsung dengan butiran seperti berikut:
📆 TARIKH: 06 & 07 Oktober 2021 (Rabu & Khamis)
🏫 TEMPAT: Dalam Talian (Zoom/ Microsoft Teams)
📌 TARIKH-TARIKH PENTING 📌
🗳️Tarikh akhir penghantaran kertas kerja: 30 Julai 2021 (Jumaat)
🗳️ Tarikh akhir yuran: 31 Ogos 2021 (Selasa)
💵 YURAN 💵
🔺Pembentang Dalam Negara: MYR 200
🔺Pembentang Pelajar Dalam Negara: MYR 100
🔺Pembentang Antarabangsa: USD 100
🔺Pembentang Pelajar Antarabangsa: USD 50
🔺Peserta Antarabangsa: USD 25
🔺Peserta Dalam Negara : MYR 50
🔖 Yuran adalah termasuk Sijil Penyertaan & E-Prosiding.
📮 Pendaftaran & penghantaran Abstrak/ Artikel penuh boleh dilakukan di link berikut:
🔗
https://forms.gle/KG6Tbp3R5g1SoLxA9
📑 PELUANG PENERBITAN 📑
1⃣ Semua artikel yang diterima akan diterbitkan di dalam E-Prosiding Persidangan yang mempunyai nombor ISBN.
2⃣ Artikel terpilih akan diterbitkan di dalam Bab dalam E-Buku atau jurnal berindeks (SCOPUS/ WOS/ ERA – tertakluk yuran tambahan)
🏦 MAKLUMAT PEMBAYARAN 🏦
Nama Benefisiari: Universiti Sains Islam Malaysia
Nombor Akaun: 05058010008884
Metod: EFT/ MEPS IBG (Dalam Negara) & Foreign Telegraphic Transfer (Luar Negara)
Bank Benefisiari: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Cawangan: Bandar Baru Nilai
Kod Cawangan: 4005058
Kod Swift: BIMBMYKL
📧 Bukti pembayaran perlu diemelkan ke:
📮swatfpqs@gmail.com
🔵 Untuk maklumat lanjut, hubungi:
📞 +60137018331 – Dr. Azman)
📞 +60179771842 – Dr. Izzuddin)
Atau mohon akses laman sesawang SWAT 2021 di:
🔗 http://swatfpqs.usim.edu.my/
Jom Menyertai Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-3
Bermula 17 Ogos 2021 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-3 (KEARIFAN 3) dengan bertemakan “Memartabatkan Kearifan Melayu Islam Nusantara”. Konvensyen ini melibatkan kerjasama dengan Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand. Oleh kerana Malaysia masih di bawah Kawalan Pergerakan, Konvensyen ini bakal dijalankan dalam bentuk maya melalui Aplikasi Google Meet. Tiga panel telah dijumput khas sebagai pengucap tama konvensyen ini iaitu;
- Prof Emeritus Che Husna Azhari dengan tajuknya : “Mencari Permata Fathoni Selindung Bayu”
- Tuan Haji Muhammad Lutfi Ahmad Samae dengan tajuk pembentangan: “Analisis Teknologi Pemindahan Air lama di Kawasan Pattani Darul Salam”
- Dr. Hardianto Rahman dengan tajuknya: “Pendidikan Karakter Dalam Budaya Bugis-Makassar”
Bagi anda yang berminat mengikuti konvensyen ini sila kuncikan tarikh penting ini:
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak: 30 Mei 2021
Tarikh Akhir penghantran kertas kerja penuh: 15 Jun 2021
Tarikh Akhir Pembayaran yuran sebanyak RM 150: 30 Jun 2021
Jumpa anda di google meet nanti.
[/fusion_text]
Penerbitan di Jurnal Socpus

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil dan Prof. Madya Dr. Khairul Anuar bin Mohamad atas pencapaian mereka berdua dalam penerbitan artikel di Jurnal Scopus. Pihak fakulti mengharapkan usaha seperti ini tidak terhenti setakat ini sahaja bahkan mampu disambung oleh para pensyarah lain di FPQS.
UCAPAN TAHNIAH
Seluruh warga Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Adnan Mohd Abdullah Shalash di atas kejayaan memperoleh Geran Ibn Ghazi Centre Morocco berjumlah RM 5000. Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi batu loncatan untuk setiap penyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) akan terus bergiat aktif dalam bidang yang diceburi. Barakallahu fikum!
Istiadat Majlis Konvokesyen USIM kali ke-18
Pada 7 April 2021, USIM telah menganjurkan Istiadat Majlis Konvokesyen kali ke-18 yang tertangguh selama setahun disebabkan pandemik covid19 yang melanda seluruh negara. Majlis berlangsung sebanyak 23 sidang atas sebab mengurangkan kadar jangkitan dan juga perlu patuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, ia bukan penghalang dalam usaha untuk menjayakan majlis tersebut. Bersempena majlis tersebut, pihak fakulti ingin merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah atas kejayaan mereka yang memperolehi anugerah khas dalam majlis konvokesyen tersebut. Semoga kalian terus mekar di bumi ini dalam usaha meningkatkan kualiti ilmu dan menyebarkannya kepada masyarakat. USIM berjanji pada ibunda terus mekar hingga hujung dunia!
MTAQ 1442H/2021M
Seluruh warga Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa yang menceburkan diri dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1442H/2021M. Disamping itu, kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beberapa mahasiswa yang berjaya memperoleh gelaran johan dalam pertandingan yang disertai. Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi batu loncatan untuk anda terus bergiat aktif dalam bidang yang diceburi dan menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa-mahasiswa lain. Barakallahu fikum!
PELANTIKAN DEKAN BAHARU
Seluruh warga Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin atas pelantikan beliau sebagai Dekan Baharu. Dengan pelantikan ini juga, diharapkan agar beliau terus komited dan dedikasi dalam mengurus tadbir fakulti ke arah pembangunan pelajar yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi berteraskan intregrasi ilmu aqli dan naqli. Didoakan semoga dikurniakan taufiq dan hidayah dari Allah SWT dalam usaha beliau untuk melaksanakan tanggungjawab ini.
Sehubungan dengan itu, pihak fakulti juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zharif atas curahan bakti dan keringat beliau dalam mentadbir fakulti sepanjang tempoh beliau memangku jawatan sebagai Dekan Fakulti pada sesi yang lalu. Semoga segala penat lelah beliau dihitung oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang memberatkan neraca timbangan amal kelak.
TAHNIAH
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH, USIM KERANA TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN DAN NAIB JOHAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN TERENGGANU BAGI TAHUN 2020/ 1441H. SAUDARA MUHAMMAD UMAR SYAZULI BIN MOHD TAHIR, PELAJAR TAHUN 3 PROGRAM QURAN DENGAN MULTIMEDIA TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM MAJLIS TILAWAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DAN AKAN MEWAKILI NEGERI KE MAJLIS TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN. DUA ORANG PELAJAR DARI PROGRAM QIRAAT TAHUN 1 IAITU SAUDARA MUHAMMAD ‘AMMAR MUKHLIS BIN ABDUL MOHSIN BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KATEGORI QARI DAN SAUDARI ATHIRAH SALIHAH BINTI AL-AZMI BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KATEGORI HAFAZAN JUZUK 1-30 DI MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN, MANAKALA SEORANG PELAJAR YANG JUGA DARI PROGRAM QIRAAT TAHUN 1 IAITU SAUDARA MUHAMMAD LUQMAN YUSUFF BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KATEGORI HAFAZAN JUZUK 1-20 DI MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KEEMPAT-EMPAT PELAJAR FPQS YANG MENGHARUMKAN NAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KEEMPAT-EMPAT PELAJAR FPQS YANG MENGHARUMKAN NAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.



MUHAMMAD LUQMAN YUSUFF, PELAJAR TAHUN 1 PROGRAM QIRAAT, FPQS
NAIB JOHAN HAFAZAN JUZUK 1-20 DI MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
TAHNIAH DR ANUAR HASIN
16 Januari 2020; TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR. ANUAR HASIN, PENSYARAH KANAN FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH KERANA TELAH MENJADI JOHAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2020/1441H YANG TELAH DIADAKAN PADA 15 HINGGA 16 JANUARI 2020