News

/News

Istiadat Majlis Konvokesyen USIM kali ke-18

Pada 7 April 2021, USIM telah menganjurkan Istiadat Majlis Konvokesyen kali ke-18 yang tertangguh selama setahun disebabkan pandemik covid19 yang melanda seluruh negara. Majlis berlangsung sebanyak 23 sidang atas sebab mengurangkan kadar jangkitan dan juga perlu patuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, ia bukan penghalang dalam usaha untuk menjayakan majlis tersebut. Bersempena majlis tersebut, pihak fakulti ingin merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah atas kejayaan mereka yang memperolehi anugerah khas dalam majlis konvokesyen tersebut. Semoga kalian terus mekar di bumi ini dalam usaha meningkatkan kualiti ilmu dan menyebarkannya kepada masyarakat. USIM berjanji pada ibunda terus mekar hingga hujung dunia!

Istiadat Majlis Konvokesyen USIM kali ke-182021-04-26T18:21:30+08:00

MTAQ 1442H/2021M

Seluruh warga Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa yang menceburkan diri dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1442H/2021M. Disamping itu, kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beberapa mahasiswa yang berjaya memperoleh gelaran johan dalam pertandingan yang disertai. Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi batu loncatan untuk anda terus bergiat aktif dalam bidang yang diceburi dan menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa-mahasiswa lain. Barakallahu fikum!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MTAQ 1442H/2021M2021-04-20T09:52:45+08:00

PELANTIKAN DEKAN BAHARU

 

Seluruh warga Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin atas pelantikan beliau sebagai Dekan Baharu.  Dengan pelantikan ini juga, diharapkan agar beliau terus komited dan dedikasi dalam mengurus tadbir fakulti ke arah pembangunan pelajar yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi berteraskan intregrasi ilmu aqli dan naqli. Didoakan semoga dikurniakan taufiq dan hidayah dari Allah SWT dalam usaha beliau untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Sehubungan dengan itu, pihak fakulti juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zharif atas curahan bakti dan keringat beliau dalam mentadbir fakulti sepanjang tempoh beliau memangku jawatan sebagai Dekan Fakulti pada sesi yang lalu. Semoga segala penat lelah beliau dihitung oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang memberatkan neraca timbangan amal kelak.

PELANTIKAN DEKAN BAHARU2021-04-18T13:09:42+08:00

TAHNIAH

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH, USIM KERANA TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN DAN NAIB JOHAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN TERENGGANU  BAGI TAHUN  2020/ 1441H. SAUDARA MUHAMMAD UMAR SYAZULI BIN MOHD TAHIR, PELAJAR TAHUN 3 PROGRAM QURAN DENGAN MULTIMEDIA TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM MAJLIS TILAWAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DAN AKAN MEWAKILI NEGERI KE MAJLIS TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN.  DUA ORANG  PELAJAR DARI PROGRAM QIRAAT TAHUN 1  IAITU SAUDARA MUHAMMAD ‘AMMAR MUKHLIS BIN ABDUL MOHSIN BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KATEGORI QARI DAN SAUDARI ATHIRAH SALIHAH BINTI AL-AZMI BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KATEGORI HAFAZAN JUZUK 1-30  DI MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN, MANAKALA SEORANG PELAJAR YANG JUGA DARI PROGRAM QIRAAT TAHUN 1 IAITU SAUDARA MUHAMMAD LUQMAN YUSUFF BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KATEGORI HAFAZAN JUZUK 1-20 DI MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KEEMPAT-EMPAT PELAJAR FPQS YANG MENGHARUMKAN NAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KEEMPAT-EMPAT PELAJAR FPQS YANG MENGHARUMKAN NAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

 

 

MUHAMMAD LUQMAN YUSUFF, PELAJAR TAHUN 1 PROGRAM QIRAAT, FPQS

NAIB JOHAN HAFAZAN JUZUK 1-20 DI MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

TAHNIAH2020-01-29T10:14:46+08:00

TAHNIAH DR ANUAR HASIN

16 Januari 2020; TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR. ANUAR HASIN, PENSYARAH KANAN FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH KERANA TELAH MENJADI JOHAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2020/1441H YANG TELAH DIADAKAN PADA 15 HINGGA 16 JANUARI 2020

TAHNIAH DR ANUAR HASIN2020-01-20T13:48:34+08:00

MAJLIS APREASASI PUAN MAIZATUL AKMAL

4hb Disember 2019, telah diadakan Majlis Apreasasi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FPQS sempena perpindahan Puan Siti Maizatul Akmar Ismail ke Bahagian Pengurusan Akademik setelah hampir 9 tahun di Fakulti Pengajian Quran & Sunnah sebagai Penolong Pendaftar. Majlis telah dihadiri oleh sebahagian besar ahli Fakulti di kalangan staf akademik dan pentadbiran. Pihak Fakulti mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan yang diberikan. Selamat Maju Jaya di tempat baru dan teruskan kecemerlangan.

 

MAJLIS APREASASI PUAN MAIZATUL AKMAL2020-01-20T13:47:05+08:00

PROGRAM JOM JELAJAH KEJIRANAN CEMPAKA

24hb November 2019, Ahad, telah berlangsung Program Jom Jelajah Kejiranan Cempaka yang dianjurkan oleh para mahasiswa FPQS di Surau Ar-Rahmah Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan. Program bertujuan untuk mendedahkan aktiviti sukarelawan kemasyarakatan dan membina perpaduan antara mahasiswa dengan masyarakat. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang separuh hari di situ antaranya Kem Smart Solat yang disertai oleh anak-anak qariah Desa Cempaka, gotong royong bersama penduduk dan explorace. kerjasama baik diberikan oleh pihak jawatan kuasa Surau.

 

PROGRAM JOM JELAJAH KEJIRANAN CEMPAKA2019-12-31T11:25:43+08:00

PROGRAM JOM JELAJAH NEGERI SEMBILAN & BAKTI SISWA DI MASJID KARIAH KG KUNDUR TENGAH MUKIM PEDAS, DAERAH REMBAU

Pada 9hb November 2019 , telah berlangsung dengan jayanya Program Jom Jelajah Daerah Rembau, N.sembilan yang diadakan di kampung Kundur Tengah, Pedas. Program ini dianjurkan oleh mahasiswa FPQS USIM dengan kerjasama pihak Pengurusan  Masjid Kundur dan penyertaan mahasiswa UITM Rembau. Banyak acara yang telah diadakan sepanjang satu hari program ini antaranya dimulakan awal pagi dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Y. Bhg Dr. Amiruddin Mohd Sobali, pensyarah FPQS, program pemeriksaan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama Pusat Derma Darah Hospital Tunku JaafarSeremban, gotong royong pembersihan rumah di beberapa rumah terpilih, lukisan mural khat oleh pelajar QS di dinding masjid Kundur Tengah dan gotong royong memasak ramai-ramai untuk makan tengahari dan malam. Ada juga program untuk kanak-kanak iaitu pertandingan melukis dan kuiz dengan kerjasama pihak SK Kampung Kundur. Acara kemuncaknya ialah Majlis Ceramah Perdana Sempena Maulidurrasul yang disampaikan oleh Y.Bhg Dr. Muhammad Arif Musa, pensyarah dan Ketua Program Quran dengan Multimedia (QM) FPQS USIM yang dihadiri oleh penduduk kampung serta mahasiswa-mahasiswi dari USIM, UITM dan mahasiswa dari Kolej Kemahiran tinggi Mara Rembau.

 

PROGRAM JOM JELAJAH NEGERI SEMBILAN & BAKTI SISWA DI MASJID KARIAH KG KUNDUR TENGAH MUKIM PEDAS, DAERAH REMBAU2020-01-20T13:55:29+08:00

BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR PMFPQS 2019-2020

Pihak pengurusan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah (FPQS) di bawah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Y. Bhg Dr Ahmad Kamel Mohamed, telah berjaya menganjurkan Bengkel Kepimpinan & Pengurusan Organisasi untuk pimpinan pelajar Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah (PMFPQS) sesi 2019-2020  pada 1-3 hb November 2019 di D’Qnut Resort,  Kuala Linggi, Melaka.  Seramai 40 orang pimpinan mahasiswa yang menjadi peserta dalam bengkel ini dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri dari pensyarah-pensyarah FPQS iaitu Dr. Zulhilmi Mohamed Nor, KP SPM, Dr. Muhammad Arif Musa, KP QM, Dr Zainora Daud, KP Qiraat dan Dr. Amiruddin Mohd Sobali, Penyelaras Latihan Industri dan Jalinan Komuniti yang diketuai oleh Y.Bhg Prof Madya dr. Mohd Zohdi Mohd Amin, Timbalan Dekan Akademik FPQS.

 

BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR PMFPQS 2019-20202019-12-05T14:43:21+08:00

Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) 2019, FPQS USIM

Telah berlangsung dengan jayanya Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) Peringkat Antarabangsa 2019 FPQS  dengan Majlis Perasmiannya  disempurnakan oleh Y. Bhg Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM di Dewan Kuliah Utama FPQS pada 8hb Oktober 2019. Lebih 100 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang dua hari seminar berlangsung yang dihadiri oleh pembentang dari dalam dan luar negara. Seminar adalah anjuran bersama FPQS dengan Pusat Zakat USIM dan Siraj Centre For Research And Studies yang berpengkalan di Morocco.

 

Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) 2019, FPQS USIM2019-12-05T12:01:31+08:00