PROGRAM PENYERAHAN MUSHAF AL-QURAN & PENGGUMPULAN MUSHAF ROSAK DI DAERAH JELEBU

///PROGRAM PENYERAHAN MUSHAF AL-QURAN & PENGGUMPULAN MUSHAF ROSAK DI DAERAH JELEBU

Pada tanggal 8 Januari 2022 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Simpang Durian & Masjid Lama Kuala Klawang di Daerah Jelebu.
Telah berlangsungnya program Penyerahan Mushaf Al-Quran Kepada Mangsa Banjir di Masjid Lama Kuala Klawang & Masjid Jamek Simpang Durian yang diadakan pada 8 Januari 2022 (Sabtu). Lebih seribu mushaf Al-Quran baharu juga telah diedarkan ke rumah-rumah, masjid, surau & sekolah di kawasan tersebut. Tajaan mushaf Al-Quran diterima dari Kedutaan Arab Saudi juga Nasyrul Quran. Program ini merupakan anjuran kali kedua oleh Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM dengan kerjasama Pusat Islam USIM, Sekretariat Pusat Islam USIM, Nasyrul Quran, Yayasan Maghfirah dan Yayasan Faqeh.
Semoga mangsa yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini dipermudahkan segala urusan.
TA’ABUD | TAZKIYAH | TA’MIR
2022-01-19T15:15:29+00:00